Sempena dengan suasana sekarang ini yang haru-biru ... dengan skandal politik dan demam politik ... termasuklah cerita budak hilang lagi ... dan janji-janji orang politik, ... maka... ... Jenaka dot kom productions dengan besar hati dan kembang-kempis hidung ... mempersembahkan sebuah jenaka yang telah dialih-bahasa ke dalam Bahasa orang-orang yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu:....
Dipersilakan... HOYA HOYA HOYA (ini tajuk cerita asal... tak tau nak terjemah camne[?]) Cerita berlaku semasa kempen pilihanraya. Seorang ahli politik pergi berkempen di kawasan pedalaman yang didiami oleh orang-orang peribumi (orang asli) untuk mendapatkan undi. Penduduk peribumi itu semua berkumpul di balai kampung mereka yang ala kadar untuk mendengar ucapan ahli politik berkenaan. Setelah hampir satu jam beliau berucap dengan ucapan yang panjang-lebar, maka semangat dan nada ucapan menjadi lebih panas dengan sambutan hangat penduduk berkenaan. Sebagai mengakhiri ucapannya, ahli politik berkenaan berkata: "Saya berjanji akan memberikan pendidikan percuma kepada semua panduduk peribumi!". Penduduk peribumi berkenaan membalas dengan laungan "Hoya! Hoya!" Ahli politik menjadi lebih bersemangat kerana sambutan yang menggalakkan itu. "Saya akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan di sini untuk masyarakat peribumi!!" Laungan penduduk lebih kuat lagi: "Hoya! Hoya Hoya!!!" Di akhir majlis, ahli politik itu dibawa melawat sekitar kampung mereka. Beliau nampak banyak lembu-lembu yang meragut di sekitar kampung, lalu bertanya pada ketua kampung: "Ini semua lembu peliharaan penduduk di sini kah?" Jawab ketua kampung: "Ya, lembu kami semua ini." Untuk mengambil hati penduduk, beliau berkata: "Boleh kita ambil gambar beramai-ramai?" "Boleh," balas ketua kampung. Ahli politik cuba menambah perisa lagi: "Kita ambil dekat sikit dengan lembu-lembu itu supaya nampak lebih menarik lagi." Jawab ketua kampung lagi: "Boleh... tapi hati-hati sikit... nanti terpijak hoya."
