Sekali-sekala, saya ada juga terima email yang berupa surat permohonan/rayuan untuk menyertai Jenaka dot kom (Jdk). Tapi jarang-jarang sekali.
Ini yang paling "best" saya pernah terima setakat ini :-) (Maklumat-makluimat peribadi telah dipadam) - TokMod ______________________________ Email berkenaan ________________________ kpd tuan moderator............saya selaku pemilik email [EMAIL PROTECTED]<[EMAIL PROTECTED]> memohon jasa baik tuan meluluskan permohonan saya bagi menjadi salah seorang ahli/member dalam jenaka groups ini....saya berjanji tidak akan ataupun cuba menyalah gunakan kemudahan ini dalam mana2 aktiviti sekalipun........saya juga berjanji akan berusaha untuk memperhebatkan dan mengagungkan lagi group ini yang mana sedang menjadi perhatian banyak pihak pada masa sekarang. dengan izin tuhan, dengan adanya saya dalam group ini boleh memudahkan dan memperkayakan lagi industri dan fasiliti it pada masa sekarang.
