saya sangat2 setuju dgn saranan semua agar disiarkan nama pengilang serta 
jenama agar kita tidak membuat spekulasi liar serta terbeli produk yg 
disebutkan.

Namun begitu, pandangan saya ialah mungkin ada kekangan dari sudut 
penyiaran di dalam dada2 akhbar. Lantaran itu, sebarang penyiaran nama 
mungkin membawa kepada implikasi undang2.

Mungkin ahli2 di dalam bidang kewartawanan boleh bagi pandangan.




nUrUl HiDaYaH <[EMAIL PROTECTED]> 
Sent by: [email protected]
15/01/2008 14:26
Please respond to
[email protected]


To
[email protected]
cc

Subject
Re: [Jenaka dot kom] Teguk todi uli tepung mi









sepatutnya siarkan sekali nama produk tersebut..
serbuan tu kat kilang, yg dah dijual dikedai mcm mana klu kita pulak beli 
produk tu..
bkn niat nak burukkan jenama tetapi nak jamin kebersihan makanan org islam
 
~SITINUR~


----- Original Message ----
From: mohd faizal <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Monday, January 14, 2008 2:12:34 PM
Subject: Re: [Jenaka dot kom] Teguk todi uli tepung mi

apa nama brand mee ni....cakap lah jelas2...tak da lah kita terpinga2... 
buat saspen je....kalau cerita yg baik biarlah habis....kalu sungguh  tapi 
tak cukup info jgn hantar...nnt boleh jdi fitnah....fikir2kan ler....bkn 
menyokong tapi...biar tepat dan padat


"Borhan, Noraini (GE Infra, Aviation, Non-GE)" <noraini.borhan@ ge.com> 
wrote:
 

From: UiTM-melaka@ yahoogroups. com [mailto:UiTM- [EMAIL PROTECTED] ps.com] 
On Behalf Of umar faruqi


Teguk todi uli tepung mi
Posted on Friday, January 11 @ 07:01:34 MYT by SongkokPutih 

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin




SHAH ALAM: Meloyakan apabila serbuan mengejut di sebuah kilang memproses 
mi kuning dan kuetiau menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam 
Malaysia ! (Jakim) tanpa kebenaran mendapati kebanyakan pekerjanya 
membungkus dan menguli bahan makanan itu sambil meneguk arak dan samsu.


Aktiviti melampau itu dibongkar selepas kebanyakan pekerja warga Thailand 
terbabit tidak sempat menyembunyikan berpuluh-puluh botol samsu dipercayai 
dibawa masuk dari negara asal sebaik kilang mi di Sungai Buloh itu 
diserbu, jam 11.30 pagi semalam. 


Operasi bersepadu dilakukan tiga pegawai Jakim itu turut menemui puluhan 
tin arak jenama antarabangsa dan botol todi bertaburan di kawasan 
memproses mi dan kuetiau dalam kilang berkenaan.


Operasi dijalankan bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Jabatan Kesihatan Selangor dan 
penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapati kebanyakan 
pekerja kilang di kalangan warga asing itu tidak mematuhi syarat 
kebersihan ditetapkan.


Malah, ketika serbuan dilakukan, ada pekerja tidak memakai baju dan 
kelam-kabut mencapai pakaian serta sarung tangan sebaik menyedari 
kehadiran penguat kuasa kerana bimbang dikenakan tindakan.

Pemeriksaan terperinci kemudian menemui beberapa kotak samsu yang 
mempunyai kadar alkohol setinggi 27 peratus disorok dalam kilang itu 
selain botol dan tin kosong minuman keras yang baru habis diminum.

Beberapa pekerja kilang warga asing yang disoal siasat mengaku meneguk 
arak terbabit yang dibeli dengan harga RM3 sebotol sambil bekerja 
memproses mi dan kuetiau.

Pada masa sama, pemeriksaan lanjut mendapati pengusaha kilang mi dan 
kuetiau milik bukan Bumiputera itu turut menggunakan logo halal Jakim 
secara haram pada semua bungkusan mi serta kuetiau diedarkan.

Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Ahmad Amri 
Abdullah, ketika ditemui berkata pemilik kilang memproses mi terbabit 
pernah diberi pentauliahan sijil halal Jakim antara 15 Februari 2004 
hingga 14 Februari 2006.

Bagaimanapun, permohonan menyambung sijil halal Jakim yang sudah tamat itu 
tidak diluluskan selepas pemeriksaan pada 25 April 2006 mendapati kilang 
itu tidak menepati piawaian Amalan Kebersihan Baik (GHP) dan Amalan 
Pengilangan Baik (GMP) ditetapkan.

Berikutan itu, permohonan mendapatkan sijil halal Jakim daripada pengusaha 
kilang terbabit ditolak atas alasan tidak memenuhi prosedur pensijilan 
halal ditetapkan jabatan berkenaan.

“Namun kerana mengejar keuntungan, pemilik kilang mi itu berdegil dan 
tetap menggunakan logo halal Jakim pada bungkusan mi dan kuetiau secara 
bebas.

“Pihak Jakim pernah memberi amaran, namun pengilang terbabit terus 
‘menyeleweng’ logo halal Jakim semata-mata kerana mengejar keuntungan,” 
katanya.

Difahamkan, kilang terbabit boleh menghasilkan sehingga 10,000 bungkus mi 
dan kuetiau sehari bagi memenuhi permintaan pengguna di Lembah Klang 
selain dihantar ke seluruh negara.

Berikutan kesalahan dilakukan itu, pemilik kilang terbabit akan dikenakan 
tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 kerana kesalahan memalsukan 
logo halal Jakim yang boleh didenda RM250,000 jika sabit kesalahan.

“Tindakan pemilik kilang terbabit terus menggunakan logo halal Jakim tanpa 
kebenaran dianggap keterlaluan dan boleh mengelirukan pengguna Islam,” 
katanya. 

Sementara itu, siasatan pegawai Jabatan Kesihatan Selangor mendapati 
kilang mi berkenaan tidak mematuhi syarat kebersihan ditetapkan termasuk 
tidak membina lantai kalis air dan stor menyimpan bahan mentah.

S! elain itu, kebanyakan pekerja asing di kilang terbabit tidak menerima 
suntikan typhim bagi mengelak jangkitan serta tidak melalui pemeriksaan 
kesihatan.

Jurucakap Jabatan kesihatan turut kecewa berikutan pekerja kilang terbabit 
didapati tidak memakai sarung kepala selain keadaan kilang kotor serta 
menjadi sarang lipas. 

Berikutan itu, jabatan itu tidak teragak-agak mengarahkan operasi kilang 
mi terbabit dihentikan selama 14 hari sehingga semua masalah itu diatasi. 
Pemilik kilang diarah membuat rayuan bertulis bagi membolehkan notis 
penutupan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1985 ditarik semula.

Wartawan Harian Metro yang mengikuti serbuan itu mendapati beberapa 
pegawai Jabatan Kesihatan turut mengambil sampel bungkusan mi dan kuetiau 
dari kilang terbabit yang disyaki mengandungi asid borik.

Asid bori! k sejenis serbuk putih yang digunakan sebagai pengawet 
makananm, tetap i penggunaan berlebihan dilarang mengikut Peraturan 
Makanan 1985 yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga 
dua tahun.




............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... 
......... ......... ......... ......... ......... ......


KALAM HIKMAH :

 
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia 
orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak 
beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )
 
 
 
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap 
kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan 
apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan 
persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam 
melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi 
pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap 
bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz

Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.
 


***********************************************************************
Privileged/confidential information may be contained in this message. 
If you are not the named recipient or addressee, you are hereby notified 
that any use review, disclosure or copying of the contents herein is 
strictly prohibited. In such a case, kindly discard all its contents and 
notify sender accordingly regarding such unauthorized disclosure or 
transmission by email.
Opinions, conclusions, statements and other information in this message
that do not relate to the official business of CIMB Group shall be 
understood as neither given or endorsed by it.
The contents herein are meant strictly for the use of the named 
recipient or addressee of CIMB Group. No assumption of responsibility 
or liability whatsoever is undertaken by CIMB Group in respect of 
prohibited and unauthorised use by any other person.
***********************************************************************

Kirim email ke