________________________________

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of JUNHAIRI BIN ABD 
JALIL





3 saintis wanita terima RM60,000

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
[EMAIL PROTECTED]


 <http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Hati/20071127113629/mainpix>         SIAPA 
sangka gadis yang dulunya bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen terkenal 
kini mencipta nama sebagai saintis wanita yang dikagumi.
        

SIAPA sangka gadis yang dulunya bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen 
terkenal kini mencipta nama sebagai saintis wanita yang dikagumi.

Namun, itulah hakikat yang tertulis dalam kehidupan Dr Huda Abdullah, 32, 
pensyarah Fakulti Kejuruteraan Sistem Elektrik dan Elektronik, Universiti 
Kebangsaan Malaysia (UKM), yang dipilih menerima anugerah ! Biasiswa L'Oreal 
Malaysia Untuk Wanita dalam Bidang Sains 2007.

Anak ketiga daripada lima beradik ini mengakui mula meminati bidang sains 
selepas menerima galakan daripada keluarga terutama dua abangnya yang juga 
profesor madya dalam bidang kejuruteraan di universiti berkenaan.

Kata Huda, sejak kecil lagi arwah ayahnya sentiasa menyematkan minat terhadap 
bidang sains dalam diri mereka adik beradik dan kini semuanya berjaya bergelar 
jurutera dalam pelbagai bidang.



Menyentuh mengenai penyelidikan yang melayakkannya memenangi biasiswa 
berkenaan, semuanya bermula dengan iklan yang dilihat menerusi Internet dan 
maklumat yang dikeluarkan pihak fakultinya.
 
Menurut Huda, dia kini sedang menjalankan dua kajian iaitu mengenai fabrikasi 
sel suria dan penyelidikan terhadap bahan kristal fotonik yang digunakan secara 
meluas dalam peranti optik.

"Kajian mengenai fabrikasi sel suria dimulakan sejak awal tahun ini dan kami 
baru saja perolehi hasilnya manakala penyelidikan terhadap bahan fotonik 
dijangka akan selesai selewatnya pada April 2008.

"Sains memang susah namun jika kita mempunyai minat mendalam, ia boleh dikuasai 
dengan mudah. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri sama ada hendak atau 
tidak.

"Saya amat berterima kasih kepada ketua jabatan, Profesor Dr Aini Hussin; 
Pengarah Institut Tenaga Suria (Seri), Profesor Dr Kamaruzzaman Sopian; bekas 
penyelia, Profesor Dr Abdul Halim Shaari dan Profesor Dr Sahbudin Shaari atas 
segala sokongan serta tunjuk ajar yang diberikan selama ini," katanya pada 
majlis penganugerahan biasiswa berkenaan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, 
baru-baru ini.

Hadir sama, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk 
Shahrizat Abdul Jalil; Pengarah Urusan L'Oreal Malaysia, Jean Francois Couve; 
Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia ke Pertubuhan Pendidikan, 
Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Haslinda Alias serta 
dua pemenang lain, Dr Liong Min Tze, 29 dan Dr Srimala Sreekantan, 33.

Menurut Liong, dia sememangnya berbangga dipilih menerima anugerah berkenaan 
dan menganggapnya sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih.

Dia yang juga pensyarah Bahagian Teknologi Makanan, Universiti Sains Malaysia 
(USM) menjalankan penyelidikan mengenai serat nano dalam makanan yang boleh 
digunakan dalam industri makanan.

"Makanan berzat yang mengandungi serat memang tidak digemari masyarakat kerana 
rasa yang biasa. Tetapi saya berusaha untuk menghasilkan serat nano daripada 
okara (produk yang dihasilkan daripada susu kacang soya) yang mampu mewujudkan 
rasa berbeza di lidah.

"Serat nano mempunyai potensi besar untuk diketengahkan bagi memajukan lagi 
industri makanan dan perubatan di negara ini," katanya. 

Bagi Srimala, dia tidak menyangka kajiannya terhadap hidrogen terpilih untuk 
menerima anugerah berkenaan.

Bukan mudah menjadi seorang penyelidik dan pada masa sama, mempunyai keluarga 
kerana ia amat mencabar serta memerlukan komitmen yang tidak berbelah-bagi.

"Saya bertuah kerana biarpun kadang-kadang terpaksa datang ke makmal waktu 
malam untuk menyiapkan kajian, suami dan dua anak tetap memberikan sokongan 
yang tidak berbelah-bagi.

"Saya berharap, lebih ramai wanita di negara ini menceburkan diri dalam bidang 
sains dan tidak lagi menganggapnya sebagai satu bidang yang sukar kerana ia 
sememangnya menarik dan mencabar," katanya yang juga pensyarah di Fakulti 
Kejuruteraan Material dan Sumber Mineral, USM.

Ketiga-tiga mereka menerima biasiswa berjumlah RM20,000 bagi menyiapkan kajian 
dan penyelidikan masing-masing.

Sementara itu, Shahrizat, berkata penganugerahan berkenaan adalah sebagai 
galakan kepada wanita muda di negara ini untuk merebut setiap peluang yang ada.

"Wanita Malaysia hari ini sudah semakin maju dalam bidang sains serta 
penyelidikan berbanding dulu dan tiada sebab kenapa mereka tidak boleh bersaing 
dengan lelaki.

"Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 memperuntukkan bajet yang besar 
untuk memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan. Namun, sebanyak mana pun 
peruntukan yang dikeluarkan kerajaan, tidak bermakna jika masyarakat dan 
individu itu sendiri tidak memainkan peranan mereka masing-masing dalam bidang 
berkenaan," katanya. - harian metro


Biar susah, jangan menyusahkan..
 
 
JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331

________________________________

Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search. 
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51734/*http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping>
  

 

Kirim email ke