5+5 = 11

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig
dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir
Kumar menengkig rasa nak terkencing... suatu hari Sir Kumar memulakan
kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau
tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan..
tak boleh kira..
bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!.
Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam
kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung... rasa nak
terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani.
Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas... . 

Bahaya guna Digi
Kajian baru-baru menunjukkan Digi (016 atau 014) tidak selamat
digunakan.

Apabila anda gun! a line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan
elok-elok... . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna
kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan
ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan
dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.

Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek,
tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk
pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan menari-nari dan
menyanyi lagi "I will follow Him" dari filem 'Sister Act 1' yang
diubahsuai liriknya.

So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda
diperhatikan. Gunalah Celcom atau Maxis, macam saya.

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya lihat sendiri dengan mata saya kat TV
baru-baru ini. Kenapa, tak percaya? 


Wasiat Nenek Ani

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospit! al kerana
sakit jantung, ... .

Keadaannya semakin ari semakin t eruk. Ani dah tak tau apa nak buat
lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek
Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai
terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen
dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan
sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu
kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum
Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya.
Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu
kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil
semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk
menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani,
dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara ! mara membaca
wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .

"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu" 


Jangan yakin sangat selepas pembedahan

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada
dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia
berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat
tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan
aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk,
"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka
tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah
sesiapa yang nampak handphone saya?" 

--
Posted By blalang to ISUHANGAT
<http://isuhangat.blogspot.com/2008/01/cerita-lawak-pendek.html>  at
1/20/2008 06:45:00 AM

 

Kirim email ke