________________________________

From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of ahmad fuzaidee mohd
fuad




<http://mydesquera.com/?id=zid1430> 




Isteriku .. 

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu 
petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat 
tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama 
beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya. 

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih 
disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan 
suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa 
abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang 
sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..." 

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari 
kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, 
ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi 
jawatan kosong untuk abang..." 

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. 
"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. 
Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang 
.. ayang masih di sisi abang. 

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang 
kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi. 

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. 
Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah 
kuat... 

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS 
KAU SEKARANG!! 


Suami Yang Pening 

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang 
dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka 
adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak
semenjak 
subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak 
katakan. Sesampai merekadi perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti 
melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri 
pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah 
berehat agak lamajuga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. 
Lebih kurang 15minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri 
teringat sesuatu lalu berkata, 
Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! 
Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak
boleh 
nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali
letak 
cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk
pulak 
dia ni. 
Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu

kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak
untuk 
ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena
leter. 
Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil 
cermin matanya yang tertinggal.Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya 
semula. 
Suami : Nak pergi mana? 
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi! 
Suami:Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak 
atas meja tu! 
Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( [EMAIL PROTECTED]@$%&^%*&^?>&[EMAIL 
PROTECTED]><?*)&^^$%@   
   
  
.
 
<http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=3722425/grpspId=1705043731/m
sgId=59790/stime=1200619276/nc1=3858793/nc2=3848577/nc3=3848641> 
 

Kirim email ke