________________________________

From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of blalang





<http://www.myzarratravel.com.my/> 

<http://bp0.blogger.com/_60v7Gr204KQ/R5Nrj-BQhyI/AAAAAAAAA6Y/TQiBj0OOQbA
/s1600-h/Masak_011.jpg> 
Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia
dengan seorang peraih petai Cina.

Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran
harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang
mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu
berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En.,
petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya
"Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya
petang nanti".

"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli
itu tetap enggan menjualnya. Selepas meng! gunakan segala jenis pujuk
rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah
dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong
kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk
mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati
hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam
perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera
turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh
semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli
tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar
kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang
asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya
nak tipu Cina, tapi encik nak juga".

Credit <http://kelakar-gila.blogspot.com/2008/01/petai-oh-petai.html> 




.
 
<http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=3722425/grpspId=1705043731/m
sgId=60019/stime=1201190140/nc1=3858796/nc2=3848641/nc3=3848578> 
 

Kirim email ke