________________________________

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
On Behalf Of JUNHAIRI BIN ABD JALIL




Kasih Seorang Ibu... 

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu
bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. 

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel
itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. 

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. 

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga
bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan
pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. 

Masa terus berlalu... 

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu
yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaima!
na dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si
ibu. 

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban. 

Setahun berlalu... 

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, "
kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul
sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang
dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. 

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an,
si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. 

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si
anak. 

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya. 

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku. 

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada. 

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Ps : 

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui. 

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi
hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.. 

"Saya Sayang Ibu"


.
 
<http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=2440847/grpspId=1710724061/m
sgId=35799/stime=1199586564/nc1=3858795/nc2=3848577/nc3=4725794> 
 

Kirim email ke