________________________________

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi




Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom 
Nyza Ayob dan Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh 
Wed | Jan 30, 08 | 5:10:15 pm MYT



        
Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, 
Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari 
Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari 
Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, 
Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.


 
Image<http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/utama/pic_fotowanzahari/ishak3.jpg>
 Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 
1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan 
persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di 
Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. 
Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor 
pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan 
pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan 
mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung. 

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke 
padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas. 

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi 
Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007. - mns 






        
.....................................................................................................................
        
        
        KALAM HIKMAH :
        
        
         
        " Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di 
dunia orang ya! ng tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak 
beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )
         
         
         
        " Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap 
kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila 
masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. 
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, 
memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau 
serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. 
" -I mam Umar bin Abdul Aziz

 

Kirim email ke