Terlalu..... 1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang. 2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur. 3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. 4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. 5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh! 6. Terlalubanyak ketawa/gembira - merosakkan usus. 7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. 8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. 9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung. 10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru. 11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung. 12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. 13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. 14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda. 15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif . 16. Terlalu banyak baca e-mail - nanti bos marah. Dah... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je. hee...hev
[Jenaka dot kom] Tips : Terlalu.....
Borhan, Noraini (GE Infra, Aviation, Non-GE) Mon, 04 Feb 2008 20:49:21 -0800
