________________________________

From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of syarifah aisyah




  
Assalamualaikum.
 
saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh pengarang. memang tidak
dinafikan apa yang ditulis saudara pengarang cuma apa yang membuat saya
benar-benar insaf adalah ketika saya melihat 2 tokoh yang telah kembali
ke rahmatullah. seorang tokoh agama dan seorang lagi tokoh dalam dunia
hiburan.
 
mungkin tidak ramai yang sedar atau sengaja tidak menyedari bahawa
pemergian 2 tokoh ini sebenarnya adalah satu petunjuk Allah untuk kita.
 
Kembalinya Dato' Ishak Baharom ke rahmatullah diurus dengan cara yang
bersih dan mulia. dikelilingi tokoh-tokoh agama, diiringi mereka
dikalangan ilmuan agama. lihat sahaja bagaimana pakaian mereka yang
menziarahi allahyarham Dato' Ishak Baharom, semuanya menjaga kesucian
dan kebersihan serta adab-adab menziarah. renung pula mereka yang
mengiringi jenazah. mereka adalah terdiri daripada ahli ilmuan agama
yang menjaga kebersihan dan kesucian. dan sesungguhnya Allah amat
menyukai hambanya yang bersih lagi menyucikan. dan lihat pula mereka
yang membaca surah yassin juga tergolong dari ahli ilmuan dan agama.
pemergian arwah diiringi, dikelilingi, didoa oleh mereka yang terdiri
daripada ahli agama.
 
dan renung pula bagaimana kembalinya tokoh hiburan Loloq
keramahtullah.siapa yang mengiringi beliau? bagaimana pula pakaian
mereka yang menziarahi beliau? bagaimana pula kebersihan dan adab-adab
mereka semasa menziarahi dan mengiringi jenazah beliau? bukan untuk
menuding jari atau menghina sesiapa. sesungguhnya setiap apa yang Allah
tentukan, kita sebagai hamba Allah kena ambil ikhtibar dan pengajaran. 
 
kelebihan manusia daripada semua makhluk ciptaanNya adalah kerana
manusia dibekalkan akal dan fikiran. terpulang pada manusia untuk
menentukan dimana arah tuju kehidupan manusia itu sendiri.
 
teringat akan kata-kata ustaz saya satu ketika dulu
"Kadang kala Allah telah menunjukkan dimana tempat hambanya selepas
kematiannya di dunia lagi adalah dengan melihatlah bagaimana
kematiannya,bagaimana urusan pengebumian, siapa yang mengiringi jenazah
dan siapa pula yang mendoakan jenazah".
 
wassalam..
 
----- Original Message ----
From: umar faruqi <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, February! 7, 2008 2:06:25 PM
Subject: ^blalang^ Pemergian artis lebih berharga daripada mufti



Pemergian artis lebih berharga daripada mufti 
Zulhusainy Eslam 
Mon | Feb 04, 08 | 7:33:01 pm MYT


        
Saudara Pengarang, Assalamualaikum, 


Saya berasa terpanggil untuk menulis di ruangan ini kerana berasa sedih
di atas perkara yang berlaku beberapa hari lalu. 

Pertamanya, takziah di atas pemergian Dato' Ishak Baharom ke
rahmatullah. Beliau adalah seorang ulamak, rakyat dan pejuang Islam.
Setelah dipecat daripada jawatannya tiada lagi nama beliau
disebut-sebut. Malah, jika ditanya muda-mudi sekarang, berapa ramai
sangat yang masih mengingati nama beliau?

Sehinggalah pada hari beliau pergi mengadap Ilahi, siapa yang peduli
tentang beliau? Satu keratan di sudut kecil akhbar melaporkan kehilangan
tokoh ini seolah-olah hanya satu laporan biasa mengenai kematian seorang
ketua kampung yang pernah berjasa hanya dengan memegang jawatan JKKK.

Pada tarikh yang sama, seorang penulis lirik terkenal juga kembali
mengadap Ilahi sehari selepas beliau memenangi satu anugerah yang paling
berprestij di Malaysia, iaitu AJL2007.

Di semua dada akhbar dan stesen radio membuat pengumuman rasmi disertai
tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata
dalam bidang seni yang kononnya sukar dicari ganti.

Sedangkan, siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia?
Siapalah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita?



Ulamak dimatikan, ilmu berkurangan
Dalam nas hadis, banyak ditemukan petanda yang menyebut bahawa salah
satu tanda-tanda hampirnya kiamat ialah ilmu akan hilang dan kejahilan
meluas. Bagaimanakah ilmu boleh hilang? Antara cara ilmu itu hilang atau
diangkat oleh Allah ialah dengan cara mematikan ulamak dan bijak pandai.

Ilmu matematik, ilmu alam dan segala ilmu lain yang tercipta atas
kepandaian manusia tidak akan hilang. Yang akan hilang adalah ilmu
agama. Ilmu yang melibatkan hukum-hakam, cara hidup ciptaan Allah,
fardhu 'ain dan ilmu al-Quran yang hanya sebilangan kecil saja manusia
yang menguasainya. Hanya golongan ulamak sahaja yang menguasai ilmu ini.

Apabila matinya seorang ulamak, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian
yang dipelajarinya bersama jasadnya. Golongan yang tinggal ini, jika
tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat rujukan, maka jalan ke arah
kejahilan mula tampak.

Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa. Hukum-hakam
ditafsir secara membuta tuli dan sebagainya. Itulah antara cara
bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan para
ulamak.

Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia? Siapa sedar akan
hakikat ini? Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak
sedangkan berapa ramai yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan
seni?

Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya
arif tentang artis, bila tarikh lahirnya, siapa pasangannya, apa saja
biodata artis pastinya mereka tahu. Tapi, berapa ramai anak-anak kita
tahu tentang ulamak? Kitab apa dan ilmu apa yang didalami ulamak
tersebut?

Ketahuilah saudaraku, bahawa antara tanda kiamat itu adalah apabila
masyarakat mula memuja-muja artis. --- aba. 







        ............ ......... ......... ......... ......... .........
......... ......... ......... ......... ......... ......... ......
        
        
        KALAM HIKMAH :
        
        
         
        " Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di
dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi
orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar
As-Siddiq )
         
         
         
        " Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu
berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja
sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia
memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang
mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam
perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I
mam Umar bin Abdul Aziz
         
         
         
        SYARIKAT 100 % BUMIPUTERA ISLAM. JOM BANTU SYARIKAT ORANG KITA.
        
        
         
        Lanjut di :
        http://hlm4u. blogspot. com <http://hlm4u.blogspot.com/> 

        
        Join me : http://groups. yahoo.com/ group/ReSpeKs/ join
<http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/join> 




hlm_2u2
Weblog : http://hlm4u. blogspot. com <http://hlm4u.blogspot.com/> 
http://groups. yahoo.com/ group/respeks
<http://health.groups.yahoo.com/group/respeks> 

________________________________

Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51438/*http://www.yahoo.com/r/hs>  



________________________________

Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try
it now.
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i6
2sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ>  

 

Kirim email ke