Saya rasa elok saya tutup sajalah topik tentang hai-o ni. Ada beberapa email balasan ke Jdk ni... tapi rata-rata tidak menunjukkan perkembangan yang positif. Nampak semakin celaru dan boleh menimbulkan perbalahan yang sia-sia.
Seperti yg saya nyatakan sebelum ini, eloklah dirujuk perkara ini kepada orang-orang yang arif dalam hukum-hakam, khususnya ilmu fiqh. Ini penting terutamanya bagi mereka yg terlibat secara langsung dalam perniagaan berkenaan. Di laman web http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu <http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/> ada disenaraikan majlis-majlis ilmu di seluruh negara. Carilah yg sesuai, pergi ke sana, tanyakan soalan berkenaan kepada yang arif. Lepas tu, boleh diteruskan setiap bulan/minggu. Banyak manfaatnya. Kalau tiada yg sesuai (terlalu jauh, kerja banyak, OT, shift malam etc) mungkin boleh cuba di radio IKIM.fm (saya tak ingat waktu/hari siaran), radio2 lain, akhbar, majalah etc yg ada ruangan soal-jawab agama. Yang online pun ada. Bagi yang tinggal di Perak, besok, hari Jumaat, ada ruangan soal-jawab agama dengan Dato' Seri Mufti di Radio Perak. Waktunya: 8 pagi hingga 9 pagi. Kalau nak SMS pun boleh (panduan diberi semasa siaran). Sekiaan, wassalam - TokMod
