ANTARA SEBAB GAGAL INTERVIEW 
        
        A- Penemuduga 
        B- Orang yang ditemuduga 
          
        SITUASI 1 
        A : Ada boyfriend? 
        B : Ada . 
        A : Dia bekerja dalam negara ke? 
        B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara. 
        A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.

        B : Mengapa ?? (nada terkejut) 
        A : Emm... kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang
paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan
antarabangsa kamu . 
          
        SITUASI 2 
        A : Kamu ada teman wanita? 
        B : Tiada. 
        A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke? 
        B : Pernah mencuba tapi tak berjaya. 
        A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih
dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita. 
        B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak
mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi. 
        A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu. 
        B : Tapi kenapa encik? 
        A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri,
itu saja. 
          
        SITUASI 3 
        A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai
teman lelaki kan?? 
        B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya. 
        A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).

        B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini
dan memiliki syarikat besar. 
        A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima
kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima
kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya. 
        B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya. 
        A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu? 
        B : Setiausaha. 
        A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana
kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami. 
        B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik. 
        A : Haa...lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak
berminat dengan kamu 
        B : Gulp... 
        
        SITUASI 4 
        A : Ada girlfriend? 
        B : Ada. 
        
        A : Cantik tak dia? 
        B : Biasa je. 
        
        A : Hmm...maaflah kamu tidak layak bekerja di sini. 
        B : Tapi kenapa encik ? 
        
        A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan
memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai
ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun biasa je. 
        B : Haa...(melopong)
         
 

Kirim email ke