----- Original Message ----
        From: fieza <[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> >
        To: [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
        Sent: Thursday, February 21, 2008 12:04:47 PM
        Subject: ^blalang^ Ayam Tesco tidak halal!....



        Ayam Tesco tidak halal!....

        KUALA LUMPUR 19 Feb 2008: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan,
        Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL),
        Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan saman kira-kira RM5 juta
terhadap
        tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya)
Sdn Bhd
        kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

        Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL
        Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan
ketiga
        dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di
Pejabat
        Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

        Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk
dan
        ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan
pertama dan
        kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal
kepada
        semua umat Islam.

        Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang
        ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau
menyebabkan
        produk itu berada di pasaran.
        Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan
        memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan
selama
        tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan
menanggung
        segala kos perbelanjaan.

        Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan
pertama
        gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih
        mengikut Syara' dan tidak prihatin serta sensitif kepada
kehendak umat
        Islam.

        Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran
produk
        yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga
gagal
        melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal
        produk itu sebelum dipasarkan.

        "Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di
Tesco
        dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih
dengan
        betul mengikut prosedur penyembelihan.
        "Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang
        dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu
tidak
        putus," katanya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tambahan oleh moderator:-

Link: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/print.php?news.511

Kirim email ke