Seorang lelaki buta memasuki sebuah retoran. Amin, pemilik restoran
berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. 'Encik,
saya kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu
kotor yang telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan
menciumnya. Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk
dipesan,' kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan
berikannya kepada lelaki tersebut. 'saya nak ikan patin masak asam,
daging goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi,' kata
lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para
pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang
lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan.
Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah
digunakan untuk makan menu lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. 'Bau sudu yang
ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dengan
sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa...' kata lelaki buta.

Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula
kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang pada
waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu
juga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh
lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi
ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran
itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, 'Yati,garu sudu ni kat
ketiak awak tu.'

Isterinya, Yati terkejut. 'Apalah abang ni, mengarut aja!' kata Yati
,tidak paham. 'alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni,'
balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan
menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk
menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang
kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata....' Saya tak
sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia,
encik?' Muahahahhahahah. ...!!! kan cinta itu buta... [rolling on the
floor]   [rolling on the floor]

..ini bukan kisah benar dan tidak ada yang kena mengena dengan yang
sedang hidup, mahupun yang telah pergi..

Kirim email ke