(tak tahu nk letak tajuk per, tuan mod boleh ubah tajuk ikut kesesuaian...)
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori
umur 25 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang
sudah berumahtangga).
Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara
besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan
gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati
sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
>>ye kerr?? lelaki pun ade yg cerewet jugak..nak2 lelaki yg jenis "lembut2"
sket tu...
Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki
banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
>> u all fikir ape huhh??? ;p
Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap
ini menyebabkan mereka sentiasa syok sendiri dan suka dipuji, jika tidak
dipuji mereka akan merajuk.
>> not me ok !
Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan
lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
>> cuba jugak faham, tapi lelaki ni terlalu praktikal laaaa.....hurmmm....
Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya
memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat
itu.
>> dah lame dah terima.............
Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya
lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat
menghabiskan masa untuk tujuan itu.
>> tak semua wanita suke membeli dan membelah........
Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah mengata dan
mengutuk jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam
diri.
>> ye ke lelaki berdiam diri. zaman sekarang ni rasenye mulut lelaki pun
boleh tahan jugakkk...
Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan
bukan perkataan.
>> tu yg syusyaaahhhh tue ! mengade2...
Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka
tidak prihatin kepada anak dan isteri.
>> kalau diam..pastu terus kuar umah...hurmm..tu cane plak??
Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau
teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak
akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
>> .......hurmmmm..........ye lorrrhhh....
Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan
menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi
kasih sayang itu.
>> ngeh3!!~ rasenye wanita lebih pandai tunjukk sayang...
Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu
wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan
tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari
suami/teman lelaki.
>> huhuuhuhu....jadilah independent woman !
Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah
perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika
merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu
merajuk buruk!
>> hehehh...tapi kalau lelaki merajuk lagi buruk !
Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi
lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
>> tapi ade jugak lelaki yg suke pompuan yg "tergedikkk-gedikk".....
Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada
jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman
bosan untuk melayan soalan wanita itu.
>> ye kerr....? kesiannnye wanita....abis nak citer kat sape lagi??
Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka
kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada
mereka.
>> ye kerr.....? ehh....mane ade camni...??
Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka
dan sebagainya dan inginkan dilayan ala puteri kerana kelebihan itu hingga
membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti
itu.
>> ye kerrr....?? tapi ade jugak lelaki yg suke wanita kaya...nape tu erk?
sbb leh pow wanita itu erkk... ;p
manusia ni ade macam2 perangai erk......just for fun ok !
---------------------------------
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel