________________________________

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
On Behalf Of YPN
Sent: Wednesday, February 27, 2008 4:12 PM
Subject: [UiTM-Melaka] Bukan kami meminta simpati, cuma harapkan sedikit
perhatian



<http://www.nurhikmah.org.my/> 
 <http://www.nurhikmah.org.my/new_banner.jpg> 
Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
<http://www.nurhikmah.org.my/> 
 
 
 
  <http://www.nurhikmah.org.my/home/images/slides1.gif>         
 
KANAK-KANAK dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan
insan sekeliling untuk mencorakkannya, samada mahu membentuk mereka
menjadi insan yang berilmu, beriman atau sebaliknya.

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka
dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan
di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada
nilainya supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak.
Sebagai ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan
sepenuhnya kasih sayang terhadap anak ! mereka, supaya mereka tidak
merasa terpinggir.

Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing,
anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk
menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan
perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.

Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang
melahirkan mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka
dan bukannya hanya wang ringgit semata-mata. 

Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku
kes ini sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih
kerdil dan tidak berdosa. 

Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang
didera di media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri
setiap insan. 

Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk
perlakuan insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan
tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu
mengurangkan gejala ini.

Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun
fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak
panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan
meninggalkan parut-parut luka.

Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap
seterika panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan
malah hanya membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang
tidak terhingga.

Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam
pada diri mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami.
Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta
tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat
dewasa kelak.

Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan
seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat.
 
Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak
ini mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika
mereka melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain,
mereka akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.
 
Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang
tidak mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke
rumah jagaan atau rumah perlindungan.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan
bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar. 
 
Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi
mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta
pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim,
miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. 
 
Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak ,
Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah
Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul
Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga
sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah.

 
MELALUI MAYBANK
 
Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U
<http://www.maybank2u.com.my/>  kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH
564306010030  , letakkan alamat email [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]> .
 
MELALUI CIMB ONLINE
 
Caranya ialah :
 
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
<https://www.cimbclicks.com.my/> 
 
2. Pilih Pay Bills
 
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
 
4. Pilih Payment To >> Payee List
 
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
 
6. Masukkan Nama Anda (optional)
 
7. Masukkan Contact No. (optional)
 
8. Masukkan Jumlah
 
9. Tekan Submit
 
 
 
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,    
Taman Mesra,    
43000 Kajang,   
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411 
Laman web : www.nurhikmah.org.my <http://www.nurhikmah.org.my/> 
EMAIL  : [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>  
 
------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------
 
AMARAN :
 
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana
pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada
pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat
terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau
secara online ke Akaun Maybank  564306010030.
 
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>  atau
telefon 019-2158 827 (24 jam) . 

<http://www.nurhikmah.org.my/petalokasi.html> 

 

 

Kirim email ke