________________________________

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf
Of sharifah hamidah




tku very useful tips for me 


----- Original Message ----
From: Alvin Johnson [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> 




Hi. Kalau pasal brand, banyak yang terdapat dalam pasaran sekarang ni.
Nak tanya sikit, nak beli yang besar pixel untuk apa ya? Sebab kalau
besar pixel pun biasanya orang akan pakai 2 atau 3 Mega Pixel sudah
cukup untuk mengambil gambar seharian. Ini adalah kerana untuk saiz
gambar biasa (3R atau 4R) cukup dipakai saja 2 atau 3 Megapixel. Kalau
yang lebih pixel itu biasanya untuk mengambil gambar saiz besar (8R, 10R
dsb).
 
Menurut pengelaman saya, kalau nak pilih digital camera, perlu ada
beberapa perkara yang harus diambil kira untuk kselesaan dan kemudahan
anda. Antaranya adalah:
 
1. Aplikasi dalam digital camera - Ini merujuk kepada jumpah pixel yang
anda pakai untuk aplikasi penggunaan anda. Seperti yang saya katakan
tadi, penggunaan biasa adalah 2 atau 3 Megapixel saja. Tetapi jika anda
mahu menggunakan pixel yang lebih besar, tidak menjadi masalah. Cuma
makin besar pixel yang digunakan, makin besar ruangan memory yang
diperlukan untuk simpan gambar tersebut. Memang tidak dinafikan pixel
yang besar gambarnya lebih jelas dari yang pixel yang kecil.
 
2. Memory yang dapat digunakan - Ini kerana digital camera menggunakan
memory card untuk menyimpan gambar yang ditangkap berbanding dengan
kamera biasa yang menggunakan film. Perlu diingatkan ada sesetengah
digital camera hanya dapat menggunakan memory dia sendiri sahaja,
contohnya Sony hanya dapat gunakan Memory Stick Sony. Harganya agak
mahal juga untuk yang berkapasiti 1GB ke atas. Kalau hendak yang lebih
senang, carilah yang menggunakan memory card jenis SD di mana ianya
lebih murah dari Sony Memory Stick.
 
3. Digital camera untuk gambar saja - Terdapat beberapa jenis digital
camera. Ada yang untuk mengambil gambar saja. Ada juga yang ada fungsi
untuk merakam video. Kalau yang merakam video tu ada lak yang mempunyai
function playback bersuara dan tidak bersuara. So pilih mana yang
sesuai.
 
4. Ketahanan - Cari yang mempunyai anti-shock dan anti-vibrate. Sekarang
ada juga yang weatherproof dan waterproof. So kalau jenis yang lasak tu,
cuba consider pakai yang weatherproof dan waterproof.
 
5. Mempunyai anti-shock - Cuba cari yang mempunyai anti-shock dimana
jika anda mengambil gambar semasa bergerak atau tangan anda bergegar.
Anti-shock tu berfungsi agar gambar yang diambil akan clear dan tidak
kabur meskipun tangan bergegar semasa ambil gambar.
 
6. Bateri - Kena pilih bateri yang mana akan digunakan untuk digital
camera tersebut. Sesetengah camera menggunakan bateri khas untuk camera
tersebut. Ada lak boleh pakai bateri biasa jenis AA. Kalau saya, akan
pilih jenis AA kerana kalaulah tetiba kehabisan bateri semasa berjalan,
maka masukkan saja bateri AA baru. Kalau nak pakai bateri khas untuk
kamera tersebut boleh juga tetapi kena beli modal dan spec yang samalah.
Bateri lain tak boleh pakai.
 
7. Digital atau optical zoom -  Saya lebih suka kepada Optical Zoom
kerana gamabr tidak akan 'pecah' jika diambil semasa zoom. SO cuba cari
yang tinggi Optical Zoom. Biasanya ada tertulis pada badan digital
camera itu.
 
Tidak dapat saya sertakan semua di sini. Mungkin kalau ada yang
tertinggal, kekawan lain dapat tambahkan. Semua yang saya nyatakan sini
adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan digital camera.

.
 
<http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=18123830/grpspId=1705381225/
msgId=28044/stime=1204419729/nc1=5170416/nc2=5170412/nc3=4763761> 
 

Kirim email ke