Malam Pertama 

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya
berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas
kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik
pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang
menegurku. 

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak
Ucu. 

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat
kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak
saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau
jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. 

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu
ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh
ke arah isteriku. 

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar
tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju. 

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda
sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah
tidur. 

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak
rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan
"Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji
isteriku. 

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum
tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang
mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku
tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku
tidak dapat dikawal lagi, namun.... 

"Kringggggg...." 

"Tik..tik..tik..tik..." 

"Kring.. kring..kring.." 

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang
bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada,
aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang
seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya
membangunkan semua orang di rumahku. 

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah
ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka
dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam
loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat
Pengantin Baru, 

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree..
kami potong stim. 

Dalam hatiku... cilaka punya kengkawan. Potong stim
betullah!!! 

TAMAT 

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah
tuu duluu>>> hihihee 

----------------------------

Pertandingan ratu cantik 

Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang
demi seorang wanita cantik keluar ke pentas
memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara
majlis. 

"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil
bersorak 

"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh 

"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada
yang bersiul 

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah
seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek
itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa
yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas
pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya. 

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan
berkata "Err..dan yang ini pula,...Miss
understanding"... 

----------------------------------

Misteri Bola Ping Pong 

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia
sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini
memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya
telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.
Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang
yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam
pelajaran. 

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer
mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya
ketika menduduki peperiksaan SPM. 

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga
dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai
hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?" 

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola
ping pong aje bapak." 

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat
anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola
pingpong. 

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam
SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan
kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka
di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah
hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2
biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia
tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong. 

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya
dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik
di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang
diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola
pingpong dari bapanya. 

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang
centre, tetapi masih berbangga. 

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah
syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang
bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas
dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih
tetap mahukan bola ping pong. 

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak
makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta
Mercedes SLK Compressor" 

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya
tanpa banyak soal. 

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar
untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer,
dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24
dan dimasukkan ke ICU. 

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.


Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih
sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak
sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping
pongnya dan menyerahkan pada bapanya. 

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan
ni...." kata Amer kesakitan. 

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje,
ape ke paedahnya" kata bapaknya 

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong
ini..." kata Amer 

"Apa dia" tanya bapa Amer 

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer
menghembuskan nafasnya yang terakhir... 

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri
anaknya. 

Apakah misteriya? Anda nak tau???? 





ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah
Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri
selamanya. 

--------------------------------

Isteri Tersayang 

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL.
Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia
pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada
isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail
isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun
terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di
Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.
Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak
e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej
daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas
membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun
pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke
bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran
mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini
pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail
kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan
aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan
di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga
berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa
yang telah Abang lalui ketika ini.

-----------------------------------

Kisah Benar (seperti yang diceritakan sendiri kepada
mr.FADziL) 

Tulisan di bawah adalah pengalaman sebenar tetapi
telah diolah semula oleh mr.FADziL([EMAIL PROTECTED])
supaya memberi lebih impak dan pedoman untuk para
pembaca budiman sekalian. 

Assalamualaikum.Nama saya Mohd Azman(bukan nama
sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah
sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca
budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan
iktibar pada masa hadapan. 

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri
menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun
bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal
bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama
sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya
tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah
meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana
keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan
di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah
rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba
dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar
menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia
mendapat biasiswa dan memasuki Meiji
University(sekadar rekaan penulis). 

Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu
tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti
meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak
dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil
keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan
anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang
menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA
saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan
tangis).Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu
universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba
dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang
berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu
dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang
berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati
emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam
bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya
berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat
Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu
mengawal air mata.Maciko-san memegang tangan anaknya
dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi
Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah
menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar
kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk
menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di
dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya mengambil
remote controller dan menukar ke siaran yang lain. 

Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu
dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah
pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat
lawak dengan muka serius. 


      





      __________________________________________________________________ 
Yahoo! Singapore Answers 
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know at 
http://answers.yahoo.com.sg

Kirim email ke