Saudara-saudara & saudari-saudari,

Polisi (kalau boleh dikatakan "polisi" lah) Jenaka dot kom (JDK) mudah
saja. Kalau email/artikel tak sebut secara khusus pihak atau individu
tertentu, serta ada unsur jenaka, sindiran, satira, cuit-mencuit dan
sebagainya, biasanya lulus.

Kalau sebut nama individu tertentu dan mengaibkan, biasanya tak lulus...
tetapi ada juga kes yang bolos (maklumlah yg buat kerja sukarela ni
ialah manusia yg serba kekurangan jua)... contohnya kes "P Ramlee".
Untuk semua kes-kes bolos ni, saya minta ma'af banyak-banyak kepada yg
tersinggung.

Sebenarnya, semenjak dua menjak ni, lebih banyak email yg kena "delete"
daripada yg di-"approve" kerana melanggar "polisi" JDK. Maklumlah
kehangatan pilihan raya berada di mana-mana. Kalau usik-mengusik dengan
berlapik, boleh... tapi kalau jelas serta bersuluh dengan "spot light",
susah le....

Saya menerima semua kritikan yang membina dengan hati terbuka.

Wassalam
- TokMod



--- In [email protected], abu hassim mohd said <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
>
> saya ingatkan Tok Mod ni bebas , berkecuali dan terbuka.......rupa2nya
duri dalam daging, gunting dalam lipatan......hanya komen2 yang pro satu
pihak saja keluar, komen yang neutral dan terbuka dihalang dan dicantas
! ! !
>
> Tok Mod [EMAIL PROTECTED] wrote:          Berikutan pembatalan penggunaan
dakwat dalam PRU 12 ni, maka terbantutlah cita-cita saya untuk bergambar
dengan jari tercalit dakwat istimewa.
>
> Oleh itu, saya hidangkan beberapa gambar mereka yang berpeluang
sedemikian...
>
> - TokMod
>
>
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Sent from Yahoo! Mail.
> A Smarter Inbox.
>

Kirim email ke