LEMBU PUNYA TALI 

Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat
basah kuyup. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah
joran kami. Kami pulang ketika hari hampir gelap. Kami
singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian di kaki
lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah
menyebabkan suasana malam dan persekitarannya
bertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu
berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat .
Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari
ikatan sedang makan rumput. Aku segera ambil hujung
talinya lalu mengikatnya dikaki bangku panjang yang
kami duduki. Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari
jauh .

Tidak lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya
singgah untuk berteduh. Dia pun berehat sama di bangku
tersebut. Selang seketika dia terasa bangku itu
bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....

ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu ... kami ikattt...(aku segera cuit
peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa !
ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie
bergerak-gerak ...
AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni
malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (aku
mula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ...
takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang)

Tiba-tiba bangku bergerak lagi. Aku dan Ali buat-buat
terperanjat. Harun terus bangun konon terkejut. Bangku
bergerak agak lama. Remy buat-buat melompat . Kami
berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ...
si Abu .... 

ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR..
ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan
azan)

Kami berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontan
si ABU tuu ... lalu kami tunjukkan dia tali lembu yang
kami ikat kat bangku tuu ... so ... bangku gerak-gerak
pasal anak lembu tu tarik ! Si Abu .. terus gi tengok
anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer
meninggalkan kami yang tergolek-golek ketawa !!!

------------------------------------------------------

Penjual Daging 

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah
taman di Bandar Klang. "Dagiiiiing!
Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya. Manakala di sebuah
rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis
kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual
daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT
ke hah....!!!???" 

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati,
perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."

------------------------------------------------------

Pukul Berapa Buka?!! 

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang
pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang
pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik,
apa hal yang penting sangat encik menelifon saya
tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya
lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka
sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada
yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak
boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa
kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU
KELUAR!"

------------------------------------------------------

Cara-cara nak cover malooooo... 

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn
bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya
orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk
halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang
ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti
orang menyangka anda seorang yang amat prihatin
terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah
kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada
orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo
takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi
kat bus stop tu...haa....ni lah masa sesuai untuk
bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk
jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang
dapat malu...ye tak?....








      ______________________________________________________________________
Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel.
http://sg.travel.yahoo.com

Kirim email ke