Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada 
menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual 
kepada orang lain. 

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang 
tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. 

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :- 

* # 0 6 # 

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash) 

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon 
bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. 

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon 
bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. 

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya 
pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon 
bimbit sudah dihalang penggunaan. 

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan 
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap 
daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini 
apabila kehilangan telefon bimbit. 

Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit 
jika tidak boleh dijual dan digunakan. 

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar 
padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke