KACANG HIJAU KE, KACANG HITAM KE,  KACANG BIRU AIR LAUT KE,  YANG PENTING  
TOGEY  MEMANG  BEST...  

SAYA  SUKA  TAUGE....!!!! 



sazali ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                             
Betul ke tauge di perbuat daripada kacang hitam..cuba tengok link ni
   
  http://zumurphyrecipe.blogspot.com/2007/09/bean-sprout-homemade-taugeh.html

Webmaster emba <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
      Tauge gunakan kacang hitam, bukannya kacang hijau.

Halim Saleh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:       oo  gitu...
Kalau dapat sertakan sumber info lagi baik taklah tertanya tanya ..
betul ke fakta tu ...ye lah tauge ...stakat letak kacang hijau dalam air dan 
tumbuh gituuuu
tapi khasiat nya mak aiiii ...[ ape apa pun kena try makan lebeh tauge ni ...he 
he ]

:)

  2008/3/25 Borhan, Noraini (GE Infra, Aviation, Non-GE) <[EMAIL PROTECTED]>:
            
   

    
---------------------------------
  From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of [EMAIL 
PROTECTED]


  
    



Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali 
dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan 
yang langsung tidak menyelerakan. 





Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk 
dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan 
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh 
kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin 
baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang 
dihasilkan. 


Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga 
terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit 
kanser, usus besar,  pankreas dan juga penyakit leukimia. 


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, 
alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. 
Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. 
Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar 
dan pankreas. 


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan 
estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan 
susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) 


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar 
mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom 
pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. 


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar 
saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit 
strok dan  serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi 
dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi 
dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak 
baik HDL. 


Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh 
dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan 
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. 


Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang 
kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah 
yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. 


Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun 
dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan 
bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas 
membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk  mengambilnya. 


Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari. 



  .
 








-- 
This is my private email
Regards, MCSE Halim
http://hiliran.blogspot.com/   



    
---------------------------------
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.  




        

---------------------------------
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total 
Access, No Cost.
     
                                       

       
---------------------------------
Special deal for Yahoo! users & friends - No Cost. Get a month of Blockbuster 
Total Access now

Kirim email ke