Saya cadangkan saudari menghadiri kelas pengajian agama yg banyak di adakan di surau2 atau di masjid2. Jika saudari ingin mengikuti pengajian yg berpandukan kepada kitab-kitab yg muktabar, saya menjemput saudari menyertai saya dan isteri saya 'mengaji agama' dgn seorang guru dari serdang. Beliau mendapat pendidikan agama dari sebuah pondok di kelantan (pasir tumboh) dan kemudian melanjutkan pengajian di mekah. Kini beliau merupakan seorang guru agama / pendakwah sepenuh masa yg banyak mengajar di surau2 sekitar puhong & K.L. Berikut adalah jadual pengajian yang saya sertai, di :- Tempat : No 52, Jln Raya 6, Serdang Jaya. Jadual Pengajian : 1) Sabtu, setiap minggu, pukul 10.00 malam. (Bab = Hadis, Kitab Sunan Abi Daud, DAN Bab = Tasauf, Kitab 'Minhajul Abidin', Imam Ghazali) 2) Ahad, minggu 1, 2 & ke 3, pukul 10.30 pagi (Bab = Tauhid, Kitab 'Bidayatul Hidayah', Syeikh Daud Al Fatani DAN Bab = Fekah, Kitab Sabilal Muhtadin, Syeikh Arsyad Al Banjari) 3) Ahad, minggu ke 4 atau ke 5, pukul 10.30 pagi (Kitab 'Pelita Penuntut' DAN Kitab 'Hikam') Atau boleh juga menyertainya di :- Tempat : Masjib Proton, Seksyen 27, Shah Alam. Jadual Pengajian : 1) Ahad, minggu 1 & 2, selepas zohor (Bab = Tauhid, Kitab Faridatul Faraid, Syeikh Ahmad Al Fatani DAN Bab=Fekah, Kitab Furok Masail Jilid I) 2) Ahad, minggu ke 3, selepas solat zohor (Bab = Tasauf DAN Bab = Muamalat/perniagaan, Kitab Furok Masail Jilid II) Sebenarnya banyak lagi kelas pengajian yg disediakan oleh baliau, namun saya hanya menyenaraikan kelas-kelas yg saya ikuti saja. Tiada bayaran di kenakan, bergantung kepada keikhlasan kita untuk memberi jika kita nak sedekah kepada guru yg mengajar.
Dgn mengikuti pengajian begini, insyaallah kita akan dapat menjalankan kehidupan kita dgn lebih sempurna. Sekian. ----- Original Message ---- From: sayang di sayang <[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED]; [email protected] Sent: Monday, 14 April, 2008 11:42:47 AM Subject: [(jdk)] tolong saya yer... tok mod, mintak laluan sket ek.. sy ade soklan la nak tanye kat sume.. sy kurang pandai pasal bab ni... masalah saya.... kalo saya ada 6 ari lagi puasa yang belum saya ganti.. masalahnyer saya sekarang sedang mengandung & tidak berupaya untuk menggantikan puasa.. saya akan mengalami pening & pitam jika tidak makan... tekanan darah saya sekarang sangat rendah & kandungan darah dalam badan saya amatlah tidak memuaskan... saya mengalami anemia teruk... saya dijangkakan bersalin pd august ni... persoalannya, macam mana saya nak ganti puasa?? kalau saya kena bayar fidyah, berapakah jumlahnyer dan dimanakah sepatutnya saya membayar fidyah berkenaan... saya tinggal di kawasan shah alam... pastu, adakah bilangan qada' puasa akan digandakan? kalo ade sesape yang arif pasal benda ni, saya mohon untuk membantu saya... Live Chat NOW! Love in 1 Click! ___________________________________________________________ Yahoo! For Good helps you make a difference http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/
