1. Rasa Hatiku Ketika Hendak Sembahyang
Bila hampir waktu sembahyang
Hatiku gelisah tidak menentu
Mataku ini tak mahu tidur
Buat apapun aku tidak mahu
Bila sudahku lakukan ibadah
Lagi hatiku bertambah susah
Rasa hatiku tidak menentu
Ertinya masa ibadah tadi membuat dosa
Tidak beradab tidak bersopan dengan
Tuhanku
Aku rasa aku tidak menunaikan kewajipan
Aku rasa beribadah dalam kelalaian
Aku meminta ampun di dalam hatiku
Kerna kalalaianku ibadahku tak sempurna
Bila ku beri kuliah aku bertawasul
Dan meminta tolong dengan Tuhan
Agar aku tak riya
Agar aku tak megah
Supaya dijaga hatiku ini
Agar aku sentiasa memberi kuliah
Dengan hati yang penuh keikhlasan
2. Rasa Hatiku Melihat Kesusahan
Aku mengharap Tuhan, agar diizinkan
Bila ada orang yang ditimpa dengan
kesusahan
Terutamanya kawan-kawan seperjuanganku
Aku rasa bersalah tidak dapat memberi
bantuan
Kalau ada orang yang miskin
Aku berdoa di dalam hatiku
Jangan Engkau bertindak ke atasku
Diatas kesusahan mereka
Kalau kawan-kawanku
Mendapat nikmat dariMu
Aku turut rasa gembira
seolah aku mendapat nikmat itu
Bila ada orang mencaciku
Ataupun menghina diriku
Bukan hati tidak sakit
Tapi aku buat tak tahu
Atau buat tak peduli
Atau dilupakan saja
Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan
Kerana sakit hati itu fitrah semula
jadi
Sekali sekala terutama selepas tahajud
Kudoakan kebaikan buat mereka
Jadi aku memaksa hatiku
Tak berdendam dengan mereka
Makin banyak ku mendengar orang
menghina diriku
Kerja aku bertambah lagi
Menjadikan aku mendoakan mereka
Agar mereka dapat Petunjuk dari Tuhan
Untuk memujuk hatiku
Supaya aku tak sakit hati
Aku bermujahadah
Agar aku dapat mengikut sunnah nabi
yang sentiasa
mendoakan musuh dapat petunjuk
3. Rasa Hatiku Sepanjang Hari
Yang palingku takutkan
setiap hari berlaku [jika]
aku syirik dengan Tuhanku
Lagi jiwaku terganggu
aku syirik dengan Tuhanku
Lagi jiwaku terganggu
Bila aku berpakaian
Menaiki kenderaan
atau menghadap hidangan
Terbayang di fikiranku
Banyak orang yang terlibat
Dalam menyediakannya
Aku merasa berdosa
Aku merasa berdosa
Kalau tidak mendoakannya
Disaat ku ingin tidur
kuat ingatanku kepada Tuhan
Aku takut kalau ku mati
Didalam kelalaian
Bila aku bangun tidur
Aku merasa berdosa
Kalau tak bersyukur kepada Tuhan
Selepas itu aku berniat pada Tuhan
Kalau aku di hari itu masih dihidupkan
Tuhan
Aku berjanji dengan Tuhan
Akan membuat kebaikan
Yang bersifat habluminallah
Mahu pun habluminannas
Inilah janjiku kepada Tuhan 2x
4. Rasa Hatiku Setiap Hari
Entah apa lagilah perasaan hatiku
Yang berlaku setiap hari
dalam hidupku
Cukuplah sekadar itu aku memberitahu
kamu
Apa yang ada didalam hatiku
Begitulah hatiku lebih sibuk dari
fizikalku
Bahkan diakhir ini fizikalku tak sibuk
Kerana keuzuranku
Namun hatiku tetap sibuk
Seperti yang telah ku beritahu padamu
Semoga apa ku tulis dipelihara
Tuhan jauhi dari riya
Dari perkara yang merosakkan
Dan ku tulis perasaan hatiku ini
Agar dapat dikongsi bersamamu
Semoga perasaanmu sama dengan
perasaanku
Walaupun begitu aku bukan rasul
Mahupun nabi
Tentu aku ini mempunyai kelemahan diri
Kalau terjebak juga dengan riya
Aku memohon ampun kepada Tuhanku
Dengan rahmatMu Tuhan
Maafkanlah diriku
Dengan rahmatMu Tuhan jangan bertindak
ke atasku
Kerana kelemahanku
Aku berharap dengan rahmatMu Tuhan
Pimpinlah aku selalu
5. Rasa Hatiku Terhadap Dosa
Wahai anak-anakku engkau tak tahu
Apa yang ada dalam hatiku
Biarlah aku beritahu
Untuk dikongsi bersama dengan kamu
Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Oleh itu fizikalku sakit
Aku tidak ambil peduli
Kecuali tak mampu menahan sakit itu
Apakah anak-anakku ingin tahu
Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Elok aku beritahu
Supaya kamu tahu perasaanku
Aku rasa dosa-dosaku
Sentiasa di hadapan mataku
Susah hati hendak melupakannya
Menjadikan perasaanku
Keluh kesah selalu
Lebih-lebih lagi kalau aku
Sedar terbuat dosa lagi
Lagilah jiwaku menderita
Lagilah jiwa aku menderita
Bahkan aku teringat selalu
Dosa-dosaku di waktu mudaku
Penyakit jiwaku
Menyerang kedalam hatiku
Lantasku ulangi, ku ulangi taubatku
Maklumlah dizaman mudaku dahulu
Tiada siapa yang memimpinku
Macam aku memimpin dirimu
Macam aku memimpin diri kamu
Diwaktu itu tiada jemaah islam
Yang boleh mendidikku
Wahai anak-anakku
______________________________________________________________________
Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel.
http://sg.travel.yahoo.com