Berhati-hati apabila berjalan berseorangan di KL. Saya hampir di samun 2 hari
lepas 31/3/08 di depan STAR LRT Masjid Jamek pukul 12.15 tengahari semasa on
the way ke HQ Burger King utk bagi kad jemputan IBSS. Tektik yang digunakan
seperti yg selalu dilapurkan di Harian Metro iaitu terlanggar dan duit syiling
jatuh.
Ketika mata saya tidak memberi tumpuan berjalan ke hadapan, saya terlanggar
seseorang dan duit syilingnya bertaburan. Dalam sekelip mata saya dapati hampir
10 - 12 orang mengelilingi saya dengan rapat. Tetapi apabila saya merasakan
seseorang ingin menyeluk ke dalam poket seluar, saya terus merempuh kepungan
dengan kuat dan mereka terus berpecah seperti tiada apa yang berlaku.
So tips untuk kawan2 yg selalu merayau kat KL buat sales dan temujanji dengan
plgn :
1. ? ? ? ? Berjalan pandang ke hadapan dan perhatikan gelagat orang
disekeliling. Jangan mimpi dan mengelamun ketika berjalan.
2. ? ? ? ? Jangan tolong orang yang barang / duit syiling terjatuh.
(Masihkah ingat kejadian guard yg dirompak ketika nak masukkan duit ke mesin
ATM hanya kerana nak tolong orang yg bertaburan duit kertasnya)
3. ? ? ? ? Tektik ini biasanya digunakan untuk menyamun orang lelaki. Kalau
perempuan biasanya diragut terus.
4. ? ? ? ? Kawasan hitam seperti area Masjid Jamek, Jln Silang, Jln Petaling
dan kawasan berdekatan area2 ini.
5. ? ? ? ? Lagi satu, jangan engage dgn HP ditepi jalan. (Pernah tengok
depan mata mat motor rampas HP orang yg sedang engage kat tepi traffic light
Muzium Telekom).
TQ & Rgds..
___________________________________________________________
Yahoo! For Good helps you make a difference
http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/