~SITINUR~


Majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut 
selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. Disebalik rasanya yang 
enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. 
Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu 
mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini 
melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana 
masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat 
mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
Delima
Hilangkan Masalah Cacing- Delima sejenis buah berasal dari kawasan 
Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati 
pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat 
berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk 
cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, 
delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga 
mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A 
dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk 
cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di 
Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi 
masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh 
dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai 
astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan
Kurma
Hindar Gangguan Usus- Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, 
kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma 
yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan 
bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis 
protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan 
secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang 
menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus 
kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel 
darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang 
kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih 
mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk 
mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak 
menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali
 gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula 
atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar 
racun.
Pisang
Merawat Kudis dan Luka -Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah 
antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan 
C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga 
mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam 
metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan 
tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. 
Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan 
lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan 
kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah 
sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Mangga
Penawar Penyakit Hernia - Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang 
berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga 
untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk 
menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang 
menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu 
hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan 
mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat 
galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. 
Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai 
untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis 
atau jangkitan kulat
Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang- Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan 
nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan 
mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. 
Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, 
terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas 
merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan 
haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing 
dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi 
penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk 
mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi
Belimbing
Merawat Kencing Manis -Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang 
enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing 
ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. 
Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. 
Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat 
menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang 
mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi



      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke