Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan 
sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka 
kita.Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang 
tak berapa nak remaja. 

SIOT:
Siot adalah dari perkataan sial ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau 
ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang sial! Janji pukul 2 
datang pukul 5".

KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog 
isuhangat? berbanding Kau curi artikel dari blog isuhangat?

SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". 
Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".

HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " 
berbanding "Kau ni memang tak berguna!"

KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah 
kau! ni memang penipu"

WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena 
penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"

Sebenarnya banyak lagi malas nak elobrate...Oleh itu gunakanlah bahasa Melayu 
dengan betul. 

--
Posted By blalang to ISUHANGAT at 1/06/2008 09:13:00 AM 
 


      _____________________________________________________________________
Live Chat NOW!
http://asia.yahoo.com/meetic/

Kirim email ke