EMEL PILIHAN-HALAL, HALAL, HALAL... 
 




Saya dan rakan-rakan saya daripada beberapa universiti mengikuti perkembangan 
industri Halal di Negara ini dengan penuh kebimbangan. Terkini, HDC telahpun 
dilantik untuk mengambil tugasanmengeluarkan sijil halal daripada JAKIM kepada 
para pengeluar makanan di dalam dan luar Negara. 

Kami melihat perlantikan yang ternampak tergesa-gesa ini akan menghadapi 
masalah yang lebih besar dan saya risau perlantikan ini merupakan satu langkah 
ke belakang ke arah usaha Malaysia, sebagai negara Islam untuk mewujudkan 
halalhub yang dipercayai dan diyakini di dunia. Kini telahpun kedengaran ada 
Negara seperti Brunei dan beberapa Negara arab tidak menerima pensijilan yang 
dikeluarkan oleh Malaysia melalui JAKIM. Dalam kekalutan ini semua akta halal 
yang telah lama dikehendaki oleh pengguna Islam masih tidak kelihatan sejak 
ianya dicadangkan oleh PPIM lebih sepuluh tahun dahulu. Kenapa ini berlaku? 
Apakah adaagenda yang kita rakyat tidak ketahui. 


Disebabkan tiada akta halal, hanya orang Islam yang boleh disabitkan dan orang 
bukan Islam tidak tertakluk  kepada undang-undang syariah walaupun dalam 
kes-kes membabitkan agama Islam itu sendiri! Kita tidak mahu rakyat bertambah 
gelisah dan mencari PRU13 sebagai wadah untuk menyuarakan isi hati mereka.   

Pengeluaran sijil oleh badan yang kami difahamkan dikuasai oleh Khairi 
Jamaludin dengan nasihat yang diberikan oleh perunding ETOS sudah tentu akan 
mengundang lebih banyak keraguan sebagaimana yang pernah dilalui oleh Ilham 
Daya satu masa dahulu. Sudah tersebar luas, jika benar HDC diperuntukkan 
ratusan juta untuk melaksanakan keputusan yang dbuat tanpa proses pentadbiran ( 
seperti melalui EPU) bagi meletakkan kuasa penilaian keyakinan halal kepada HDC 
melalui kuasa perdana Menteri.   

Saya juga difahamkan 7 buah negeri tidak bersetuju cadangan ini dan mereka juga 
boleh mengeluarkan sijil halal negeri masing-masing yang mana sudah tentu akan 
membawa isu halal ini ke tahap yang lebih kalut dan memalukan. Ada satu 
kejadian terkini di mana salah sebuah negeri di Malaysia  telah mengeluarkan 
sijil halal kepada produk Cina yang tulisannya 100% dalam bahasa Cina (yang 
dikhuatiri tidak halal) menggunakan sijil halal JAKIM dan tiada sebarang 
tindakan boleh diambil oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal 
Ehwal Pengguna. Yang paling menghairankan, negeri ini hanya mempunyai seorang 
pegawai dalam urusan pensijilan halal.   

Pada pendapat saya,  kalaulah peruntukan sebesar itu diberikan kepada HDC, 
JAKIM sendiri lebih mampu untuk melaksanakan usaha ini dengan menggunakan 
kepakaran yang boleh diambil daripada universiti di seluruh dunia   
 
(copied from PPIM tuesday-22 April 2008) 
  >>Click to join Taman2Syurga<<

[[Berpesan-pesan sesama insan]] 
________________________________
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/


      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke