* MUTAKHIR
Pengerusi Naza Motor meninggal dunia
Nasimuddin
WASHINGTON: Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M
Amin meninggal dunia akibat barah paru-paru pada pagi Khamis di Los Angeles,
California.
Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima
rawatan penyakit barah di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari
tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi melalui perbualan telefon dari Los
Angeles.
Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka
berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada
kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.
Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah
beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam.
Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan
Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu, kata Ahmad. - Bernama
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ