Poyo = Koya aku rasa
aku dgr word ni dan aku dah guna sejak 1998 lagi dari member aku, org KL.
mungkin org KL lebih tau asal usul word ni.
sb poyo boleh dirujuk kepada org yang berlagak macam pandai atau tau sesatu
benda, cakap besar sedangkan tak tau apa, cakap macam bagus, buat2 pandai dan
mcm2 lagila. ie: lu poyo la, cakap senang nak ngurat awek tu, sekarang lu yang
makan selipar!
keke koko <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
aku rase poyo tue macam kerek la....koya orang kelantan cakap
rasernyer...
aku rase la kan...
----- Mesej Asal ----
Daripada: aLeeN <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [email protected]
Dihantar: Isnin, 5 Mei, 2008 12:40:34
Subjek: Re: [(jdk)] Fw: Bahasa Kasar Yang Lembutkan
Poyo tu maknanyer cantik la...
Cuba tgk dalam kamus dewan...
hua..hua..hua. .
noredahayu idris <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
Salam...
Perkataan POYO tu lebih kureng macam Bodoh le gak.....contohnya "Ko ni buat
POYO je bila aku cakap" atau pun dalam bahasa yang agak kasar "Ko ni buat BODOH
je bila aku sakap" ea....so nak jaga hati punya pasal cakap Poyo je ler
hehe.....saya agak2 je ni....mana le tau kalu2 ada orang2 yang lebih xpert
tentang perkataan Poyo tu kan sila2 ler....
melur <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
oOoo baru tau yang wak lu tue dr perkataan "bapak kau".. so yang
perkataan poyo tue, dtg dr perkataan mana hah??
----- Original Message ----
From: Masliza Masri <masliza_masri@ yahoo.com. my>
To: liza <masliza_masri@ yahoo.com. my>
Sent: Tuesday, April 22, 2008 1:24:05 AM
Subject: [(jdk)] Fw: Bahasa Kasar Yang Lembutkan
Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan
sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka
kita.Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang
tak berapa nak remaja.
SIOT:
Siot adalah dari perkataan sial ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau
ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang sial! Janji pukul 2
datang pukul 5".
KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog
isuhangat? berbanding Kau curi artikel dari blog isuhangat?
SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali".
Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".
HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! "
berbanding "Kau ni memang tak berguna!"
KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah
kau! ni memang penipu"
WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena
penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"
Sebenarnya banyak lagi malas nak elobrate...Oleh itu gunakanlah bahasa Melayu
dengan betul.
--
Posted By blalang to ISUHANGAT at 1/06/2008 09:13:00 AM
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
Siti Norazelin Ismail
Secretary (Kl/Zeal & Associates)
Menara AIA,
Jln Ampang,KL
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel