Saudara2 & Saudari2, Saya pun ada dengar juga bahawa ada ustaz2 yg kata inai lakaran itu haram kerana menyerupai amalan orang hindu.
Pada pendapat saya (bukan hukum, cuma pendapat) perkara ini sama dengan kekeliruan yg timbul dulu2 bahawa persandingan adalah malan orang2 hindu. Walhal persandingan adalah amalan orang2 arab. Oleh kerana kita hanya terdedah dengan filem2 bollywood saja, maka kita dengan cepat mengatakan bahawa persandingan melayu itu meniru perbuatan orang2 hindu yg duduk di depan api semasa perkahwinan mereka. Walhal kalau kita tahu budaya arab samada dari pengalaman atau filem atau rencana TV kita akan lihat persandingan sesetengah orang arab ini lebih hebat lagi. Hinggakan ada yg dibawa bersanding atas lori dan diarak sekeliling bandar sambil sebuah lori lagi memainkan muzik (ada band). Kalau kita rajin google perkataan 'henna' di internet, kita pasti akan jumpa bahawa tradisi memakai inai ini tersebar di merata asia sama ada arab, india, yahudi atau lainnya. Sama ada yg lukis atau tidak, hampir semua mereka ini memakai inai sebagai hiasan. Malah henna itu asalnya ialah perkataan arab. Ada hiasan lukisan inai ini yg spesifk kepada kaum tertentu. Yg hindu/india berbeza dgn arab etc. Adakah ustaz2 berkenaan tidak tahu perkara ini atau memang mereka tahu perkara ini tetapi mereka mengambil jalan yg lebih selamat iaitu membuang segala keraguan? Beberapa links yg mungkin berguna utk rujukan: 1. http://www.geocities.com/mehendifun/ <http://www.geocities.com/mehendifun/> 2. http://www.eleganthenna.net/gallery.shtml <http://www.eleganthenna.net/gallery.shtml> 3. http://www.tripadvisor.com/ <http://www.tripadvisor.com/ReviewPhotos-g294013-r7014755-Abu_Dhabi.html\ > 4. http://www.hennapage.com/ <http://www.hennapage.com/> Hanya Allah yg maha mengetahui. - TokMod
