Setahu wa laa.. yg bersekolah tinggi nie (sekolah 4 tingkat).. org yg kena 
batuk & lelah x boleh minum ais atau minuman sejuk kerana bagi mereka yg ada 
lelah, paru-paru mereka tak boleh sejuk kerana ia akan menyempitkan lagi 
pernafasan mereka. Bagi mereka yg batuk pula selalunya tonsil mereka dah kena 
virus infection jadi tidak boleh minum ais atau makan makanan berminyak kerana 
ia akan menyebabkan ia bertambah buruk.
Tetapi bagi mereka yg mengalami kebengkakan tonsil atau tonsil merah kerana 
panas, mereka digalakkan makan aiskrim yg berupa krim tu sperti yg dlm mangkuk 
atau drumstick.. BUKANNYA ais krim batang! Aiskrim yg berupa krim tu akan 
menyejukkan tonsil yg merah dan menguncupkan tonsil yg bengkak. Tonsil yg 
bengkak akan menutup pita suara menyebabkan mereka tidak boleh mengeluarkan 
suara.
Setahu wa laa.. kita tidak digalakkan menguyah ais kerana ia boleh mereputkan 
gigi.
Tetapi pasal terapi ais tu wa x boleh ulas sbb wa x tahu. Yg pasti semasa 
anak wa demam panas, semasa wa bawa dia ke Subang Medical Center, doktor 
menyelimutkan dia dgn towel yg dah direndam dalam ais utk menurunkan suhu badan 
dia yg terlalu panas.
Wallahua'alam. Wa bukan doktor!



----- Original Message ----
From: Keris Mas <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Thursday, May 22, 2008 9:52:28 AM
Subject: Re: [(jdk)] Rahsia Di dalam Ais


Betul ker ni...
sy dah kena batuk ni, lama dah..
klu minum ais, lagi teruk batuk sy..
mcm mane pulak yg ada penyakit lelah?...


----- Mesej Asal ----
Daripada: saebah abd. rahim <[EMAIL PROTECTED] com>
Kepada: [EMAIL PROTECTED] com
Dihantar: Rabu, 21 Mei, 2008 2:12:58
Subjek: Re: [(jdk)] Rahsia Di dalam Ais


Tapi betul ke boleh menghilangkan batuk? Saya dah lebih sebulan masih batuk 
lagi, sekarang nie dalam tempuh percubaan makan ais dan minum ais untuk 
hilangkan batuk. Saya harap ia betul2 mujarab.

Normah Omar <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
Saya percaya memang ada keajaiban dlm ais nie dari segi saintifiknya. .

Ayah saya terkena serangan stroke dan dgn terapi mandian ais... dlm masa 2 
minggu dia dah boleh jalan semula... alhamdulillah. ..

Orang yang mempunyai sakit parkinson juga boleh amalkan terapi mandian ais utk 
hialngkan gigil2 kat tangan dia...


Subhanallah


----- Original Message ----
From: Sazali Zakaria <[EMAIL PROTECTED] com>
To: [EMAIL PROTECTED] com
Sent: Friday, May 16, 2008 10:25:55 PM
Subject: [(jdk)] Rahsia Di dalam Ais



Bagus juga minuman sejuk ni.... 


 
 

Rahsia Di Dalam Ais


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun 
manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar 
dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan 
tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh 
dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang..

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria 
lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) 
adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia 
keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi 
pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang 
keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan 
benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan 
sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk 
biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan 
kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak 
disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut 
seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi 
menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah 
patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang 
patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem 
aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang 
telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria 
pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami 
gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi 
mengharmonikan. .

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga 
pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang 
paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran 
tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang 
yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid 
akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui 
niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi 
dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat 
berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam 
aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan 
yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah 
menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan 
menguatkan perut.


________________________________
Know more about Malaysian food - Yahoo! Malaysia Search.  


      

Kirim email ke