----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: mayalara abdul <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [EMAIL PROTECTED]
Dihantar: Selasa, 27 Mei, 2008 2:35:29
Subjek: [Taman2Syurga] Arah Kiblat


SEMAKAN ARAH KIBLAT DIRUMAH & PEJABAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
Matahari akan berada tegak di atas Ka’bah pada28 MEI 2008,Hari Rabu (5.16 
PETANG) & 16 JULAI, Hari Rabu (5.28 PETANG)
APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana 
matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini 
akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel 
syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak. 
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan 
menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak 
untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2.. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh 
diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk 
waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat 
di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah 
kiblat. 
2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan 
mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti 
Negeri Selangor.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , bayang tiang 
akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah 
barat. 
 
   
 
PENENTUAN DAN PENYEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI FENOMENA ISTIWA' UTAMA MATAHARI DI 
KA'BAH
 
   
ULASAN :  
Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena dimana 
matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari 
berada tepat di atas Ka'bah).
Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-
Bil Tarikh Masa 
1 28 Mei 5.16 petang  
2 16 Julai  5.28 petang  
Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan 
fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid 
atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.
Caranya ialah :
1 Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang. 
2 Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek tegak (yang berlawanan) akan 
menunjukkan arah kiblat. 
3 Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , maka bayang 
tiang akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang menghadap ke arah barat 
(Ka'bah) merupakan arah ke kiblat.  
4 Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung 
dengan Pejabat Mufti Negeri Sabah.      


      Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist.Muat turunnya sekarang.
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Kirim email ke