NO MAN IS PERFECT
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia
amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal
membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin
sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa
depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana.
Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti
saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan
sekarang?
Lalu saya bertanya,
skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud
saya mana yang lebih berat? Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah
bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan
yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah
kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak
hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal di
kecapinya skrg.
Lalu saya perjelaskan,
kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya
akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih
menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan,
apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan
berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?
Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan
hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar
`SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal
bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan
sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.
Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia.
Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang
sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang
diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang iidam-idamkan
itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan,
bagaimana?
Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah
merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada
langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan
segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali
perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang
terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah
kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk
bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama.
Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.
Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya
dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya
dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama
mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah
tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia di> sangka berada di luar
dan mahu di buru walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal
mengenal dan menikmatinya sahaja.
Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya
dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia
masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak
meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya
hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".
---------------------------------
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now! /a