Assalamualaikum.....SAYA NAK TAMBAH CKIT.... SETIAP HARI KITA DR PORTKLANG KE
ARAH KL AKAN MENGALAMI MASALAH KESESAKAN LALULINTAS, SEJAM DUA GAK LA DUK
LAYAN JAMMED... SO, KAT SITU OFFCOURSE MINYAK DAH KURANG...N MASING NAK KENA
ISI MINYAK SEMULA..SAMPAI BiLA ORG MALAYSIA YANG X BERAPA KAYA NI NAK HIDUP
SENANG SIKIT WALAUPUN X KAYA..... SEDIH LA. LEPAS NI KITA PAKAT GI NEGARA
INDRAPURA LA PULAK MCM KAT DLM DRAMA SINDARELLA TU,...
--- On Mon, 6/9/08, Masliza Masri <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Masliza Masri <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [(jdk)] Fw: Harga Minyak - Lu pikirlah sendiri...
To: "liza" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Monday, June 9, 2008, 9:53 PM
Got it from friend of mine.. I share with u all la kay..
Salam,
Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh
Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang
menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:
Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN
KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:
1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos
RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta
bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew
tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)
Komen:
Ok mari k ita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.
i) Motor bawah 250cc:
Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter
1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh
digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat
kerja lebih kurang 20 km-saya).
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
= RM
59.50
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.20
Kenaikan yang d ita nggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16%
sebulan.
ii) Kereta di bawah 2.0 cc
Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter
1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter,
dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak
rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM
271.92
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.32
Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4
= RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.
Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk
pergi dan balik kerja sahaja.
Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak
lagilah jumlah kenaikkan yang akan k ita rasai. Ini kerana semakin banyak k ita
gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah
tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol
yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang
terpaksa d ita nggung oleh pengguna.
Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki
Kancil 660 tadi) maka:
1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter.
Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya
boleh digunakan 2.5 hari sahaja
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM
595.92
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 460.80
Kenaikan yang d ita nggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4
=
RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.
Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan
penggunan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang
membuat perjalanan bagi jarak yang dekat.
Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan
dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh di Klang,
kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak
tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka
tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Sabak Bernam, Ijok
dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.
Yang kerje kat shah Alam pun ramai yang datang dari Klang, Seremban, dan memana
laaa… paling tidak sehari perjalanan pergi balik kerje at least 100km.
peerrrggghhh…
2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga
petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan
asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang
tersebut.
Komen:
Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri
sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan
naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN
MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi
last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat
marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.
3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga
minyak dunia.
Komen:
Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara
sedangkan menteri-menteri yang buat keputusan tidak pernah ambil langkah untuk
berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni
para menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat dipotong 20% ke,
elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana
dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan
harga minyak ke dll lagi
Ini tidak hanya rakyat disuruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat
khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan
free, minum free, claim sana , claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat
lagi duit rakyat sana dan sini. Macam mana diorang suruh
kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang
nak berkorban sama.
4) Last sekali, ubah gaya hidup rakyat (ni bukan Sharir Samad kata tapi
orang FOMCA kata)
Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi
barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot,
pastu pakai baju dari kain guni??
Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat
khususnya BN, bukan rakyat malaysia biasa yang semakin lama semakin ditindas,
semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.
Kesimpulan:
Lu pikirlah sendiri……
Never give anyone the authority to hurt you or make u sad… Happiness is not
what you do or how you do it… IT’S THE WAY YOU THINK… So, Think Happy
& Stay Happy… “Keep Smiling…� I am What I AM..
P Please consider the environment before you print this email.
Disclaimer
This e-mail and any files transmitted with it contain information that may be
privileged and confidential and intended solely for the use of individual or
entity named as recipient.If you are not the named or intended recipient (or
responsible for delivery of the message to such person) and have received this
e-mail in error please notify the sender immediately and destroy this e-mail
from your system. In such case, you should not disclose the contents of this
e-mail to any other person, nor create, take or distribute copies of it.
Please note that any views or opinions presented in this e-mail are solely
those of the author and does not necessary represent those of Gas Malaysia Sdn.
Bhd. Any views or opinions that do not relate to official business of Gas
Malaysia Sdn. Bhd. shall be understood as neither given nor endorsed by it. Any
attachments in this e-mail should be checked for the presence of virus and Gas
Malaysia Sdn. Bhd. accepts no liability for any damage caused by any virus
transmitted by this e-mail.
No virus found in this incoming message.
Checked by AVG.
Version: 7.5.519 / Virus Database: 269.24.6/1486 - Release Date: 6/5/2008 6:29
PM
DISCLAIMER: This message (including any attachments) is intended only for the
use of the individual or entity to which it is addressed and may contain
information that is non-public, proprietary, privileged, confidential, and
exempt from disclosure under applicable law or may constitute as attorney work
product. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that
any use, dissemination, distribution, or copying of this communication is
strictly prohibited. If you have received this communication in error, notify
us immediately by return e-mail and (i) destroy this message if a facsimile or
(ii) delete this message immediately if this is an electronic communication.
The message that do not relate to the official business of FELDA or its Group
of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by FELDA or any
of the companies within the Group. Thank you.
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.