Bil air baru di Selangor mulai Isnin
SHAH ALAM: Kontroversi pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada
penduduk Selangor selesai apabila kerajaan negeri bersetuju membayar rebat
kira-kira RM11 juta sebulan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas).
Persetujuan dicapai selepas perbincangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim; Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar
dan Ketua Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan, di sini semalam.
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, KDEB akan
membayar kos air percuma yang dianggarkan RM11 juta sebulan selepas mengambil
kira 20 meter padu air bernilai RM11 yang didarab dengan sejuta pengguna meter
individu.
"Persetujuan membolehkan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap
bulan untuk pengguna meter individu tetap dilaksanakan 1 Jun seperti dijanjikan
pada pilihan raya lalu," katanya selepas pertemuan itu.
Sehubungan itu, pengguna meter individu akan mendapat bil baru yang ditolak
rebat percuma bermula Isnin ini, manakala pengguna yang menerima bil sebelum 16
Jun, bayaran rebat selama 15 hari sepanjang bulan dimasukkan dalam bil bulan
depan.
Abdul Khalid berkata pengumuman ini pasti menggembirakan penduduk Selangor yang
semakin dibebani kos hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga
minyak.
Katanya, pemberian air percuma itu adalah fasa pertama penstrukturan semula air
bersih di Selangor dan Lembah Klang, diikuti yang fasa kedua membabitkan
pembelian syarikat bekalan air dan fasa ketiga membekalkan pada harga lebih
ekonomik.
Abdul Khalid berkata, persetujuan kerajaan negeri membayar kos itu sekali gus
menyelesaikan semua masalah yang timbul antara Syabas dengan KDEB sebelum ini.
"KDEB adalah antara pemegang saham utama Syabas. Masalah yang timbul
membabitkan pemberian air percuma ini timbul apabila pengurusan Syabas tidak
mendapat arahan yang jelas," katanya.
Sebelum ini, Syabas menolak akujanji KDEB yang mahu membayar kos pemberian air
percuma itu selepas penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap
sepenuhnya September ini.
Sementara itu, Ruslan yang ditemui selepas sidang akhbar itu berkata, KDEB
memberi akujanji membayar RM11 juta kepada Syabas dan bayaran akan diterima
Syabas dalam tempoh 30 hari.
Katanya, kira-kira 1.1 juta pemegang akaun meter individu layak menerima air
percuma itu daripada 1.5 juta pengguna air di Selangor.
DISCLAIMER: This message (including any attachments) is intended only for the
use of the individual or entity to which it is addressed and may contain
information that is non-public, proprietary, privileged, confidential, and
exempt from disclosure under applicable law or may constitute as attorney work
product. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that
any use, dissemination, distribution, or copying of this communication is
strictly prohibited. If you have received this communication in error, notify
us immediately by return e-mail and (i) destroy this message if a facsimile or
(ii) delete this message immediately if this is an electronic communication.
The message that do not relate to the official business of FELDA or its Group
of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by FELDA or any
of the companies within the Group. Thank you.
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist.Muat turunnya sekarang.
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/