KHASIAT PELUK ISTERI ( UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN !! )

      Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat 
      setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. 

      Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta 
      berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan 
      antara sentuhan dan tahap kesihatan. 

      ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari 
      kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia 
      mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk 
      kesihatan tubuh. 

      ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan 
      maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan 
      bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak 
      Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam 
      anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di 
      sini hari ini. 

      Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak 
      sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain 
      mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, 
      pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah 
      Rasulullah s.a.w. 

      Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati 
      pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan 
      kesihatan isteri. 

      ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan 
      digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan 
      gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. 

      Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat 
      membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. 

      ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan 
      lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah. 

 

 

Regards,

Lysa Hassan

 

<<attachment: image001.gif>>

Kirim email ke