Saya sokong tulisan yang bernas ini [ Tiada lawak jenaka ] Ada dua perkara yang kita perlu elakkan :- 1. Makan Gula berlebihan 2. Makan Garam berlebihan Kepada yang menyediakan makanan, eloklah kurangkan semua tu ke tahap minima.
2008/6/16 zuraida mohd ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>: > > > > > > BAHAYA GULA > > Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat > menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang > terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun! > > Sedikit persoalan tentang gula. > > Apakah sebenarnya gula? > > Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan > memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di > dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang > sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan! > > Adakah badan kita perlukan gula? > > Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber > makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga. > > Apakah kesan jika ambil gula berlebihan? > > 1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit) > 2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh > 3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal. > 4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan > 5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran > 6. Meningkatkan paras trigliserid > 7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria > 8. Merosakkan buah pinggang > 9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs) > 10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs) > 11. Mengurangkan kromium dalam badan > 12. Mengurangkan kuprum dalam badan > 13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan > 14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser > dubur > 15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi > 16. Faktor kepada kanser pundi hempedu > 17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat > 18. Melemahkan penglihatan > 19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah > 20. Penyebab hipoglisemia > 21. Penyebab perut berasid > 22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak > 23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari > 24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut > 25. Membawa kepada ketagihan alkohol > 26. Merosakkan gigi > 27. Penyumbang utama kegemukkan > 28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser > 29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik > 30. Penyebab artritis > 31. Penyebab lelah > 32. Pembentukan batu dalam ginjal > 33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis > 34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu > 35. Penyebab sakit jantung iskemik > 36. Penyebab sakit apendiks > 37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis > 38. Penyebab pendarahan > 39. Penyebab Vena Varikos > 40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah > hamil > 41. Penyebab sakit gusi > 42. Penyumbang kepada Osteoporosis > 43. Penyebab air liur menjadi berasid > 44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin > 45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa > 46. Mengurangkan hormon tumbesaran > 47. Meningkatkan kolesterol dalam badan > 48. Meningkatkan tekanan darah sistolik > 49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein > oleh tubuh > 50. Penyebab alergi terhadap makanan > 51. Penyumbang kepada sakit kencing manis > 52. Penyebab keracunan darah semasa hamil > 53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak > 54. Penyebab penyakit kardiovaskular > 55. Melemahkan struktur DNA > 56. Penyebab Katarak > 57. Penyebab Emfisema > 58. Penyebab arteriosclerosis > 59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah > 60. Merendahkan kemampuan enzim > 61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya > 62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati > 63. Meningkatkan lemak dalam Hati > 64. Membesarkan saiz buah pinggang > 65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya > 66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan > 67. Penyebab sembelit > 68. Penyebab rabun jauh > 69. Penyebab lapisan rerambut > 70. Penyebab hipertensi > 71. Penyebab sakit kepala > 72. Menganggu kemampuan berfikir > 73. Penyebab kemurungan > 74. Meningkatkan tindak balas insulin > 75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus > 76. Penyebab ketidak seimbangan hormon > 77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan > 78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer > > Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula > tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan > nama lain seperti; > > Glukosa > Fruktosa > Laktosa > Maltosa > Sukrosa > Sirap Glukosa > Sirap maple > Molases > Sirap hitam > Sirap kencana > Dektrosa > Sorbitol > > Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman? > > 1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh > 2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh > 3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh > 4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh > 5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh > 6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh > 7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh > 8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh > 9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh > 10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh > 11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh! > > Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia? > Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, > namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling > gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di > dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang > paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila > gula disorokkan baru-baru ini. > > Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. > Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam > dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok > iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta > untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu > teh!). Berhati-hati. > > Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita > semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan > sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang > bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan > gula! Selangkah demi selangkah! > > > > "Kita adalah apa yang kita makan". > > > ------------------------------ > Yahoo! Toolbar <http://toolbar.yahoo.com/> kini dikuasa dengan Search > Assist. Muat turunnya > sekarang.<http://mys.rd.yahoo..com/search/toolbar/mail/signature/*http://malaysia.toolbar.yahoo.com/> > > > -- This is my private email Regards, MCSE Halim http://hiliran.blogspot.com/
