i am agreed with you Tok Mod...

 



----- Original Message ----
From: Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Tuesday, June 17, 2008 12:27:29 PM
Subject: [(jdk)] Re: Surat Utk Tok Mod @ En Mod


Encik Zack,

Saya, Tok Mod, mewakili pihak pengurusan jenaka dot kom dengan ini memohon 
seribu kemaafan daripada pihak Encik Zack kerana merasakan bahawan pihak kami 
telah membiarkan Jenaka dot kom ini dilimpahi dengan email-email yang tidak 
mempunyai nilai jenaka. Malangnya pada pendapat kami, ada juga komen-komen dari 
pembaca ini yang mempunyai nilai jenaka tersendiri walaupun kadang-kala perlu 
dilihat dengan menggunakan mikroskop. 

Akan kepayahan Encik Zack dan rakan senasib yang berasa sukar untuk mendelete 
email-email  berkenaan, pihak kami mencadangkan anda semua mendapatkan keyboard 
yang mempunyai kunci  delete yang lebih besar.

Keyboard ini bolehlah dibeli setelah Encik Zack dan rakan-rakan membuat 
tuntutan rebat petrol di pejabat pos berhampiran. Semoga dengan adanya wang di 
tangan, maka redalah sedikit kemarahan Encik Zack dan rakan-rakan.

Pihak Jenaka dot kom telah menggesa dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan 
menteri-menteri negara supaya berbasikal ke pejabat. Akan tetapi gesaan ini 
tidak dapat dijalankan kerana pada raptai-raptai yang diadakan para menteri ini 
sering ditinggalkan oleh pasukan outriders bermotosikal yang biasanya 
mengiringi limosin perdana mereka. Apabila outriders ini disuruh menaiki 
basikal juga timbul pula masalah siren. Tidak seorang pun daripada mereka ini 
pandai membuat bunyi siren seperti siren yang sebenar.

Pada masa ini pihak Jenaka dot kom dimaklumkan sebuah kelas vokal sedang 
diadakan bagi para outriders ini tentang bagaimana membuat bunyi siren yang 
nyaring dan kuat serta sedap didengar.

Segala cadangan Encik Zack amat kami hargai dan kami berjanji akan sentiasa 
menunaikan janji kami walaupun bukan itu yang kami janji.

Terima Kasih

- TokMod

P.S. Surat ini ditaip menggunakan komputer cap kambing dan tidak menggunakan 
petrol subsidi.
 


    


      

Kirim email ke