Dua lelaki ditahan, PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak  17/06/2008 
10:09pm

  RANTAU PANJANG 17 Jun ¡V Tindakan pantas sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am 
(PGA) Kelantan berjaya mematahkan kegiatan dua lelaki yang cuba menyeludup 850 
kilogram (kg) minyak masak dan 1,296 kg gula ke negara jiran, di sini hari ini. 
  Kedua-dua bahan itu bernilai kira-kira RM4,533.
   
  Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8 Supt Rooslan Radzi berkata kedua-dua lelaki 
itu ditahan kira-kira pukul 3 petang ketika sedang leka memunggah bahan 
tersebut dari sebuah lori di kawasan perhentian bas pekan berkenaan.
   
  ¡§Ketika mereka sedang sibuk memunggah barangan... sepasukan anggota PGA 
menyerbu menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri,¡¨ katanya kepada 
pemberita di sini. 
   
  Beliau berkata kedua-dua lelaki yang merupakan warga negara tempatan dan 
berumur lingkungan 30an itu serta barangan rampasan akan diserahkan kepada 
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.
   
  SAPP adakan sidang akhbar khas esok  17/06/2008 9:56pm
  
 
  KOTA KINABALU 17 Jun ¡V Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikaitkan dengan 
pelbagai khabar angin tentang tindakan keluar daripada Barisan Nasional (BN) 
akan mengumumkan satu `kejutan' esok.
   
  Utusan Malaysia difahamkan kejutan itu akan diumumkan pada sidang akhbar khas 
parti tersebut di Ibu Pejabat SAPP di Luyang dekat sini.
   
  "Tunggu dan lihat sahaja esok, ia satu pengumuman yang mengejutkan senario 
politik di Malaysia dan dijangka satu keputusan akan diambil SAPP,'' kata 
seorang pemimpin kanan parti itu yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi 
Utusan Malaysia.
   
  Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika 
ditanya khabar angin bahawa ada pemimpin politik atau Ahli Parlimen dari Sabah 
akan keluar BN memberitahu, beliau tidak mengetahui mengenainya.
   
  ``Saya tidak diberitahu apa-apa,'' kata Abdullah ringkas kepada pemberita 
selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif di sini 
hari ini.- Utusan.
   
   
  Muzium Negara nafi pegawai curi batuan geologi  17/06/2008 9:50pm
  
 
  KUALA LUMPUR 17 Jun ¡V Pihak Muzium Negara menafikan pegawainya terlibat 
dalam kejadian lima spesimen batuan geologi dicuri dari muzium itu pada Rabu 
lalu. 
  Sebaliknya Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Ibrahim Ismail menegaskan, ketika 
kejadian batuan itu dikawal selia oleh tiga pengawal keselamatan yang diupah 
dari sebuah syarikat keselamatan swasta. 
   
  ``Kejadian berlaku di dalam bilik simpanan koleksi muzium yang terletak di 
luar kawasan Muzium Negara.
   
  ``Batuan tersebut tidak dipamerkan kepada orang ramai sewaktu kecurian itu 
terjadi dan tiada bukti pegawai muzium terlibat,¡¦¡¦ katanya pada sidang akhbar 
di sini hari ini.
  Ekoran perkembangan itu, Ibrahim tidak menolak akan mengambil tindakan 
terhadap syarikat keselamatan terbabit termasuk menamatkan kontraknya.
   
  Ibrahim juga memberitahu nilai batuan itu ialah RM19,000 dan bukan sekitar 
RM1.2 juta hingga RM2 juta seperti yang dilaporkan media sebelum ini.- Utusan.
   
   
  PM beri jaminan projek basmi kemiskinan tidak terjejas  17/06/2008 8:23pm
  
 
  KOTA KINABALU 17 Jun ¡X Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan 
bahawa projek kerajaan yang sudah dirancang bertujuan membasmi kemiskinan di 
luar bandar tidak akan terjejas pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia 
Kesembilan (RMK-9) akhir tahun ini. 
   
  Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak mengganggu projek 
yang menyentuh kepentingan golongan itu malahan memberi keutamaan selaras 
dengan misi untuk membasmi kemikinan tegar menjelang tahun 2010.
   
  ¡§Kalau di luar bandar, kalau berkaitan dengan pembasmian kemiskinan, tidak 
akan terganggu sebab membasmi kemiskinan adalah menjadi projek keutamaan. Kita 
nak menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif menjelang 
2010,¡¨ katanya. 
   
  Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan 
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Eksekutif (CEO) di sini hari ini.- BERNAMA.
   
   
  Tidak berniat susahkan rakyat - PM   17/06/2008 8:16pm
  
 
  KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan 
tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol 
dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan 
tertekan.
   
  Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya 
adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi 
memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan. - Utusan.
   
   
  Hanya tiga penumpang belakang wajib pakai tali pinggang   17/06/2008 8:14pm
  
 
  PUTRAJAYA 17 Jun ¡V Pemandu kenderaan tidak akan disaman jika penumpang 
keempat dan seterusnya tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk 
belakang apabila peraturan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.
   
  Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, ini kerana setiap kenderaan 
hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar di bahagian belakang seperti 
diwajibkan oleh kerajaan.
   
  ``Kita tetap prihatin dengan kes sebegini kerana bagi keluarga besar yang 
mempunyai anak ramai, mungkin kenderaan itu sahajalah yang mampu dimiliki, kita 
memahaminya.
   
  ``Jika dalam keadaan ini terdapat seorang anak yang tidak memakai tali 
pinggang berikutan tali pinggang yang ada itu untuk tiga orang sahaja, kita 
tidak akan kenakan tindakan penguatkuasaan tetapi jangan anggap ini untuk 
menggalakkan lebihan muatan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.- 
Utusan.
   
   
  BPR kesan penguat kuasa terima sogokan `pelekat kebal¡¦  17/06/2008 8:06pm
  
 
  SHAH ALAM 17 Jun ¡V Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor berjaya membongkar 
`kerjasama¡¦ pengusaha lori dan kenderaan perdagangan dengan anggota agensi 
penguat kuasa melibatkan sogokan wang tunai mencecah puluhan ribu ringgit 
sebulan.
   
  Sindiket itu yang dikesan sejak sekian lama, memperuntukkan sogokan bulanan 
berjumlah RM100 hingga RM150 bagi setiap kenderaan.
   
  Jumlah itu tambahnya, sebagai perlindungan daripada ditahan dan disaman atas 
beberapa kesalahan tertentu dalam setiap operasi pihak berkuasa. ¡V Utusan.
   
   
  Kerajaan lulus penubuhan Parti Sosialis Malaysia  17/06/2008 6:54pm
  
 
  KUALA LUMPUR 17 Jun ¡V Kerajaan meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia 
(PSM) untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang baru selepas 10 tahun 
menanti.
  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan mengenai 
perkara itu berkata, kerajaan telah membuat keputusan meluluskan permohonan 
PSM, baru-baru ini.
   
  Sehubungan itu katanya, PSM kini boleh bergerak sebagai sebuah parti politik.
  ``Kelewatan kelulusan permohonan PSM sebelum ini, adalah disebabkan beberapa 
perkara berkaitan penubuhan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan yang 
tidak dipenuhi.
  ``Setelah meneliti sepenuhnya permohonan itu dan memastikan segala peraturan 
dipatuhi, barulah kelulusan diberikan kepada PSM,¡¦¡¦ katanya.- Utusan.

       

Kirim email ke