Tuan2 dan Puan2 yg budiman... Hampir semua orang di negara ini tersiksa dan terseksa dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini. Ramai yang naik minyak, naik angin, naik darah, dan ada yang turun minyak.
Kalau diikutkan hati mahu saja ramai-ramai pergi ke Putrajaya dan tunjuk perasaan. Tapi, oleh sebab harga minyak yang mahal dan kadar hotel-hotel di Putrajaya yang taj-mahal, maka tak ada seorang pun yang sanggup memandu kereta sendiri ke sana. Nak naik pengangkutan awam, perlu pulak salin bas, LRT dan kereta api lima kali, baru boleh sampai ke Putrajaya. Itu pun kalau kereta api, LRT dan bas tidak lewat atau tidak mengalami gangguan teknikal. (Siapalah orang bernama teknikal ni yang selalu sangat mengganggu ni?) Oleh itu kita semua duduk diam-diam dan layanlah Jenaka dot kom. Hantarlah banyak-banyak lawak-jenaka, sama ada yang ori atau copy. Lebihkan jenaka, kurangkan masam muka... nanti cepat tua. - TokMod
