Haaa..baca …kalau ada niat tuh boleh lah baca msg nie dulu..
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at
40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih
aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap
pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang
lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi
lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak
dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu
asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena
gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala
gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh
atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur
20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia
banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni
mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap
haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama
dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang
muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain
Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun
mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton
atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia
lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun
sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ...
terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat
apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak
banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat
tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur
40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun
kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni
kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar,
hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka
kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat
lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah
ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan
anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang
seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan
juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin
pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk
pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu
seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri
pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak
pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena
teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling
takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak
kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak
kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat
kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak
umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih
silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak
tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah
kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga
bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam
seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah
senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut
salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan
kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu
tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat
atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal.
Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah.
Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan
pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam
nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab
menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam.
- suami orang-
--
[Amriza]
Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/