Pelanggan-pelanggan yang melanggan makan tengahari dan makan malam untuk bulan
Julai 2008 mula menerima tempahan mereka mulai hari ini. Perkhidmatan bulanan
bermula hari ini dengan proses penghantaran bermula tepat jam 10.00 pagi ini.
Menu hari ini ialah Ayam Masak Merah dan Sayur Lemak Kobis.
Perkhidmatan Mangkuk Tingkat kini telah meliputi seluroh Selangor, Putrajaya,
KLIA dan Lembah Kelang. Pada bulan Ogos 2008 nanti Mangkuk Tingkat akan
memulakan operasinya di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Mangkuk Tingkat adalah satu inisiatif oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bagi
menyediakan makanan tengahari dan malam kepada orang ramai dengan harga yang
berpatutan serta
berkualiti. Seramai 12 orang suri rumah terlibat dalam penyediaan sajian untuk
Fasa Satu yang bermula bulan
ini. Makanan yang disediakan itu kemudiannya akan dimasukkan kedalam mangkuk
tingkat keluli kedap udara untuk dihantar kepada pelanggan oleh penghantar
cepat bermotor.
Untuk melanggan makanan dari Mangkuk Tingkat anda bolehlah melayari
www.mangkuktingkat.com atau menghubungi nombor telefon 03-8733 2411 . Pelanggan
kemudiannya perlu membayar deposit mangkuk tingkat sebanyak RM30.00 dan juga
jumlah bayaran untuk bulan langganan mengikut pakej. Contohnya untuk bulan
Julai pelanggan cuma perlu membayar bermula dari RM80.50 untuk hidangan selama
23 hari. Bayaran pula boleh dibuat secara online. Tempahan untuk bulan Ogos
akan dibuka tidak lama lagi.
Melalui program Mangkuk Tingkat ini masyarakat akan mendapat hidangan yang
lebih murah serta berkualiti kerana ianya dimasak di rumah pembekal (Home Made)
. Hidangan yang sama juga akan dihidang untuk keluarga mereka sendiri. Selain
dari itu melalui program
Mangkuk
Tingkat juga membolehkan pelanggan turut sama membantu kepada anak-anak yatim,
miskin dan terbiar serta ibu-ibu tunggal yang bernaung dibawah Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah. Ini adalah keranan setiap sajian langganan telah
diambil kira sebahagian darinya untuk disumbangkan kepada Tabung Makanan
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.