arakian tersebutlah kisah pada suatu hari semasa aku di tingkatan 3, aku merajuk kerana tak dapat pergi rombongan ke Genting Highland kerana ibu bapaku kekurangan wang, aku masuk kebilik emak dan bapakku, mengemas pakaian mereka yang kurasa agak berselerak. Tiba tiba hati aku tersangat lah hibanya kerana teringatkan kawan kawan yang dapat pergi ke Genting Highland, padahal aku tak dapat pergi pun, dalam keadaan yang terlalu sedih tu aku pun menangis tersedu sedan yang amat shahdu sekali sampai mengeluarkan air mata dan air hidungku juga, aku dah tak tahan, nanti kalau nangis kuat kuat, dengar pulak bapakku kat dapur kang, emak apa lagi kalau dia dengar, alamat aku kena je lah penampar jopun, aku pun menahan tangisan dan mencari kain untuk dijadikan kain lap air mataku yang tumpah tak habis habis tu, dapat je kain yang rasa macam lembut aku pun menyapu airmataku, sambil sedu sedan tu aku pun keluar kerana emak ku panggil, aku pun jumpa dengan mak dan kata, ye mak nak apa, emak aku punyalah ketawa berdekah dekah bila terpandang muka aku yang merah tu, aku ingatkan kenapa mak aku ketawa, mungkin hidung aku merah ke apa ke, rupa rupanya aku lap air mata guna seluar dalam bapak aku yang warna putih tu dengan asyik nya.................
