--- On Mon, 7/21/08, J Mi3 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: J Mi3 <[EMAIL PROTECTED]> Subject: aPe yANg kt TaHu PaSaL AnTu To: "Firdaus Bin Nordin MISC" <[EMAIL PROTECTED]>, "~sWeEtDaRLinG~" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], "arunbsb87" <[EMAIL PROTECTED]>, "asyekeen" <[EMAIL PROTECTED]>, "azrul ISM" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], "Zainab Binti Nordin Mama" <[EMAIL PROTECTED]>, "Keris Mas" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], "Miss" <[EMAIL PROTECTED]>, "miza" <[EMAIL PROTECTED]>, "Nadhi" <[EMAIL PROTECTED]>, "noryana abdul rauf" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], "rizqan" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], "shukor" <[EMAIL PROTECTED]>, "vikas" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], "zainab" <[EMAIL PROTECTED]> Date: Monday, July 21, 2008, 8:42 PM PONTIANAK / KUNTILANAK Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia. Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak. Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh. Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.__________________________________________________________________ KEBAYAN Di Malaysia, kebanyakkan rumah mempunyai atap dan syiling. Biasanya atap akan berbentuk tirus dan menajam ke atas. Ini untuk memudahkan aliran air hujan turun ke bawah. Di antara atap dan syiling rumah, pasti terdapat ruang kosong yang digunakan untuk memerangkap haba daripada turun ke dalam rumah. Ruang kosong antara atap dan syiling rumah ini biasanya menjadi tempat tinggal untuk segala jenis jembalang dan puaka. Suhu yang sentiasa panas menjadi kegemaran bagi makhluk-makhluk halus untuk tinggal di ruang kosong ini. Biasanya pada waktu malam sekali-sekala anda pasti akan terdengar bunyi-bunyi yang pelik di dalam rumah seperti bunyi pinggan berjaga, bunyi kerusi ditarik dan bermacam-macam lagi. Bunyi ini adalah dihasilkan oleh makhluk halus yang menghuni ruang kosong antara atap dan syiling rumah anda. Setelah semua penghuni rumah masuk tidur, mereka akan turun untuk bermain di dalam rumah. Cerita mengenai makhluk halus penghuni atap rumah yang semakin popular ketika ini adalah mengenai satu entiti ganjil yang dikenali sebagai Kebayan. Ia mempunyai rupa seperti seorang wanita yang sangat tua seperti berusia beratus-ratus tahun. Pipinya mengeleber ke bawah dipenuhi kedut-kedut yang sangat hodoh, matanya kuyu. Biji matanya pula berwarna merah garang dan bercahaya ketika gelap. Kebayan memakai pakaian seperti gaun tidur yang sudah lusuh. Kebayan akan menunggu anda masuk tidur setiap malam. Ketika anda mula memejamkan mata untuk tidur, Kebayan akan turun dan duduk di sisi anda. Ketika itu mata anda sedang terpejam tetapi masih belum terlena (masih sedar). Ketika ini, adalah dinasihatkan agak anda jangan membuka mata. Jika mata telah terpejam untuk tidur, teruskan memejamkan mata anda. Kerana jika anda membuka mata, anda pasti akan terlihat Kebayan yang sedang merenung anda. Biasanya Kebayan akan duduk di tepi katil anda dan menunggu anda terlena. Jika anda membuka mata dan ternampak kelibat kebayan, ia akan sedar bahawa anda masih belum terlena dan akan duduk lebih rapat dengan anda. Lebih teruk lagi jika anda membuka mata dan terkejut. Kebayan akan turut terkejut dan terus menjerit mengilai di dalam bilik anda. Jadi setiap kali anda mahu masuk tidur, pastikan anda benar-benar mengantuk. Jika belum mengantuk, jangan berbaring dan memejamkan mata dalam keadaan sedar. Kerana Kebayan akan memerhatikan anda... _________________________________________________________________ http://gambarhantu.blogspot.com/2008/06/aishah-masih-hidup.html KESAH SERAM AMARAN KALAU TAKUT/LEMAH SEMANGAT JANGAN BACA AISHAH MASIH HIDUP LAGI Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk. Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya. Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung. Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut. Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya. Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!" Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu. Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian. Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk.. Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat. Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah. Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi. Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya. Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu. Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit. Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda. Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat? Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka. J-MI3 Nama E-mel baru untuk anda! Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
