Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis
penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan
ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah
sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau
bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot
tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan
ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari
Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat
yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi
menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada
pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah
vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam
mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang
menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis
tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari
aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana
udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian
kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat
yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam
sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi
maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka
yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21
peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan
jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan
darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut
boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di
dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus
berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada
pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang
ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak
atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri
paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan
jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru,
darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula
membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam
pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke
arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat
¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan.
Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh
bahagian paru-paru.
Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep
vein thrombosis). . Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena
supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam
Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah
beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku
sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang
baru..
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan
menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh
dengan enzim yang bertindak memecahkannya
CONFIDENTIALITY POLICY:
THIS E-MAIL AND ANY ATTACHMENTS SENT WITH IT ARE STRICTLY CONFIDENTIAL AND
PROPRIETARY TO SILTERRA MALAYSIA SDN BHD, AND ARE INTENDED SOLELY FOR THE
ADDRESSEE OR ENTITY TO WHOM THEY ARE ADDRESSED. IF YOU ARE NOT THE INTENDED
ADDRESSEE OR PERSON RESPONSIBLE FOR DELIVERING THIS E-MAIL TO THE INTENDED
RECIPIENT, YOU MUST NOT READ, COPY, FORWARD OR DISTRIBUTE IT OR TAKE ANY ACTION
IN RELIANCE THEREON. PLEASE INFORM THE SENDER IMMEDIATELY IF YOU RECEIVE THIS
E-MAIL IN ERROR, DELETE THIS E-MAIL FROM YOUR SYSTEM AND DESTROY ALL COPIES OF
IT - ANY USE, DISCLOSURE, FORWARDING OR PRINTING OF ITS CONTENTS IS STRICTLY
PROHIBITED.