Kehadapan Tokmod, 

Adalah saya yang mana seperti biasa zack_1823 bukan nama sebenar ingin 
bertanyakan soalan kepada Tokmod selaku ketua di JDK berkenaan dengan undian yg 
telah tokmod jalankan. Saya selaku Pegawai Penyiasat Bebas yg telah melantik 
diri saya sendiri utk menyiasat ttg usaha2 tokmod untuk membuka undi tersebut.

Saya berasa cukup terkejut dgn undian yg dijalankan sedangkan penamaan calon 
belum lg diumumkan. bagaimana pula dgn aspek2 keselamatan? adakah undian para 
pengundi dirahsiakan? adakah pihak polis terlibat utk menjaga keselamatan 
mereka? pengundi2 hantu pula perlu dihapuskan sama sekali penglibatan mereka. 
Saya selaku penyiasat bebas akan membongkarkan semua aspek2 kesalahan dan 
ketidak adilan sepanjang undian ini dijalankan. Adakah badan yg menjalankan 
proses undian ini adalah badan bebas seperti saya?

Adakah teknik pewarnaan kuku dilakukan sepanjang pengundian ini dijalankan? 
Adalah tidak relevan jika alasan yg sama diberikan berkenaan "bahawa
terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah membeli dakwat
dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang
yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum
hari mengundi" . Alasan seperti ini tidak dapat diterima langsung oleh akal 
fikiran pengundi saluran 3 seperti saya.

Bagaimana dgn pengundi2 yg tidak didaftarkan nama mereka sebagai Pemilih? 
adakah mereka layak mengundi? Saya bangkang Tokmod.. Saya Bangkang sama sekali, 
sekali lg. 

sekian,

undi adalah rahsia.................................

 

         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke