lawak mat rempit
boleh baca ......tapi control gelak tuu.......
Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil 
mat rempet le sekarang nih.
Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar 
sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor 
kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk 
belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah
antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk 
aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua  orang tengok aku, 
cinabing, macam sami budda duduk 
sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku 
patah balik sambil gelak bagai nak giler.
Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia 
pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan 
kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket 
seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan 
meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit
nak nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku 
berdiri terkakang
sorang sorang dilampu isyarat;macam ape entah;..gelak pulak tu dia orang.
Kisah ketiga.
Waktu sekolah  tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk 
ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire 
grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 
sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader 
motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah 
berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, 
motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak 
jatuh, tapi ekzoz motor ayah
aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia 
dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan 
ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak  boleh nak cakap depan awek2
tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar 
dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak mau 
ngurat lagi
Pengalaman Pertama:
Pada suatu hari pernah aku melihat seorang perempuan susah sungguh nak naik 
tangga bas, pasal skirt dia ketat sangat, aku beratur kat belakang dia. Sekali 
dia cuba angkat kaki nak pijak 
tangga pertama bas, bila tak boleh dia akan longgarkan zip skirtnye yang 
terletak kat belakang. Sekali lagi cuba tak boleh, dia bukak lagi sedikit zip 
skirt kat belakang, bila aku dah tengok tiga empat kali dia gagal nak pijak 
tangga pertama bas tu, masih tak boleh kerana skirt dia ketat sangat, aku pun 
cuba tolong angkat dia terus ketangga pertama. Tapi malang dia pusing 
kebelakang dan terus lempang aku, dia kata aku gatal kerana pegang pinggangnye. 
Dia tanya kenapa berani pengang pinggang dia
dan angkat dia, sedangkan dia tak kenal aku. Aku pun jawab "Mula2 saya pun rase 
tak kenal, tapi cik ni dah tiga kali bukak zip seluar saya, dah nak terkeluar 
awang kat dalam tuh" Cepat2 dia mintak maaf kat  aku.
Pengalaman Kedua
Seorang pakcik tengak duduk dalam bas, waktu tu dalam bas dah penuh sesak, 
ramai yang tak dapat duduk, sampai satu tempat ada sorang amoi naik bas, pakai 
sikit punya seksi, dan dia pulak
diri sebelah pakcik tu, aku tengok pakcik tu tak selesa, tak tau pasal apa, 
lepas tu aku dengar dia berzikir, kuat gek, sampai
aku pun boleh dengar, "Aztagafirullah" banyak kali dan cuba elakkan tengok si 
amoi yang seksi dan menggiurkan tu, ape taknye, skirt  dia aje punye pendek dah 
nak nampak seluar dalam, pening pakcik tu, Tiba2 bas membelok, dan amoi tu 
secara tak sengaja terjatuh kat riba pakcik tu....pakcik tu tengah baca 
"Aztagafirullah" kuat2 dan
laju2, tapi bila amoi tu terjatuh, terus cakap "Alhamdullihlah" ....tak gune 
punya pakcik.....
Pengalaman Ketiga
Aku pernah tengok sorang tua, masa nak turun bas dia berdiri aje kat tangga 
bas, tak turun2, bila dah lama sangat, driver tu tanya napa pakcik  tak turun 
lagi, kami nak jalan nih. Pakcik tu jawap 
"masa naik tadi pakcik tinggalkan selipar kat luar, tapi dah tak der sekarang, 
ramai betul pencuri selipar sekarang nih"
 
No virus found in this incoming message.
Checked by AVG - http://www.avg.com
Version: 8.0.138 / Virus Database: 270.6.0/1603 - Release Date: 8/10/2008 6:13 
PM
DISCLAIMER: This message (including any attachments) is intended only for the 
use of the individual or entity to which it is addressed and may contain 
information that is non-public, proprietary, privileged, confidential, and 
exempt from disclosure under applicable law or may constitute as attorney work 
product. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that 
any use, dissemination, distribution, or copying of this communication is 
strictly prohibited. If you have received this communication in error, notify 
us immediately by return e-mail and (i) destroy this message if a facsimile or 
(ii) delete this message immediately if this is an electronic communication. 
The message that do not relate to the official business of FELDA or its Group 
of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by FELDA or any 
of the companies within the Group. Thank you.


      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. 
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke