Assalamu'alaikum Saya rasa perbincangan tentang kadar zakat fitrah ni dah melalut dan mengarut. Saya sangka kalau dibiarkan akan ada faedahnya. Tapi nampaknya apa yg dikemukakan bertambah mengarut dan tak patut.
Sebagai ringkasan: 1. Kadar zakat fitrah di Malaysia ditentukan oleh harga beras. 2. Setiap negeri mempunyai pentadbiran agama yg berbeza, jadi lain jenis beras yg digunakan sebagai rujukan. Menyebabkan kadar zakat fitrah berbeza2 mengikut negeri. 3. Jika beras yg mahal diambil sebagai rujukan, ada hikmahnya -- memberi peluang orang miskin makan beras mahal. 4. Jika beras murah diambil sebagai rujukan, ada hikmahnya -- kurang beban pembayar zakat. 5. Perbezaan kadar itu kecil sahaja, tak perlulah buat kecoh. 6. Kadar zakat fitrah lebih-kurang RM7 memang patut pun kerana harga beras dah naik. Tidaklah tinggi -- lebih sikit dari harga sekotak rokok saja. 7. Dan yg paling penting sekali -- ZAKAT FITRAH ADALAH WAJIB BAGI SETIAP ORANG ISLAM, tak kira miskin atau kaya, jutawan atau fakir. Jadi ada baiknya jika bayar zakat fitrah awal-awal pada jiran yg anak 10 orang tu, supaya mereka juga mampu bayar zakat fitrah. Wallahu-a'lam - Tok Mod
